Sidak Yang Ikut Blog Tok

Friday 7 December 2012

Kerajaan Sentiasa Memberikan Kemudahan Yang Terbaik

Jambatan yang bakal menjadi napi penghubung kepada 4 buah
 rumah panjang di kawasan  layar tengah,Betong

Tauk Sik Kitak??
Seperti yang kitak orang sedia maklum kerajaan sentiasa memberi yang terbaik untuk rakyatnya.
Inilah salah satunya usaha kerajaan untuk membantu kesensaraan rakyat dalam memajukan kawasan tempat tinggal mereka.ini merupakan satu berita yang menggembirakan penduduk di bahagian layar tenga, Betong  apabila kerajaan membina satu jambatan yang menghubungkan 4 buah rumah panjang.
Inilah yang kita ingin kan dari sesebuah kerajaan..sebuah kerajaan yang dapat mentranformasikan penduduk dari kawasan pedalaman ke kawasan Bandar.


BETONG: Jambatan Batang Layar yang sedang giat dibina merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik kepada rakyat.
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong Franklin Bantin berkata, apabila siap kelak, jambatan itu akan menjadi nadi penghubung kepada empat buah rumah panjang iaitu Rumah Batu Lintang, Rumah Mupoh Atas, Rumah Mupoh Baroh dan Rumah Kabok.
“Jambatan itu nanti akan merentasi Jalan Nanga Buai, Merinjau dan Ulu Spak, Betong di mana ia juga akan sekali gus menghubungkan keempat-empat kawasan rumah panjang terbabit.
“Kita juga yakin dengan kemudahan baharu itu nanti, maka kira-kira 1,000 penduduk di kawasan Layar Tengah akan dapat bergerak dengan lebih mudah dan pantas,” jelasnya.
Pada masa sama, katanya, penduduk akan dapat memasarkan hasil tani mereka dengan lebih mudah.
“Jambatan ini akan melancarkan perjalanan penduduk di kawasan tersebut untuk ke bandar. Pada masa sama, mereka dapat membawa keluar hasil hutan dan tanaman mereka dengan lebih cepat, sekali gus menjana pendapatan mereka.
“Ini sekali gus akan mengurangkan kos pengangkutan penduduk berulang-alik ke bandar,” jelasnya sambil menambah, jambatan itu dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Sementara menunggu projek itu selesai, katanya, buat masa ini kerajaan membina sebuah jambatan sementara untuk kegunaan penduduk.
“Kedudukan jambatan sementara itu yang bersebelahan dengan tapak jambatan baharu juga merupakan laluan utama penduduk untuk berulang-alik ke kebun.
“Pada masa sekarang pembinaan sedang giat dijalankan. Apapun kita berharap agar penduduk di kawasan terbabit bersabar sehingga ia siap sepenuhnya dan akan menjadi kemudahan utama apabila siap kelak,” ujar Franklin.-Borneo Post

Thursday 6 December 2012

Rakyat Perlu Beri Sokongan Kepada Kerajaan

Tauk Sik Kitak???
 Kita sebagai rakyat mesti peka dan tahu mana satu  kata-kata kosong atau yang membuahkan hasil.. dari dulu lagi kerajaan sentisa memberi keutamaan kepada rakyat nya untuk menjamin kehidupan rakyat nya.
 Adalah tanggungjawap kita utntuk memastikan kerajaan kitak sentiasa teguh dan adil saksama...


ALBUM: (Duduk dari kiri) Kenil, Ibrahim, Toyad dan Fairol bersama peserta Seminar Kepimpinan Belia/Remaja di Dalat baru-baru ini.

KUCHING: Rakyat perlu terus bersatu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam usaha memastikan program transformasi dilaksanakan mencapai objektif.
Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad berkata sokongan padu rakyat berbilang kaum dalam usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat amat mustahak bagi memastikan usaha mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjadi kenyataan,” katanya ketika merasmikan Seminar Kepimpinan Belia/Remaja anjuran Persatuan Melanau Dalat, baru-baru ini.
Mengenai seminar itu, Toyad berkata ia bukan sahaja memberi kepentingan kepada masyarakat Melanau tetapi menyatupadukan kaum-kaum lain dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.
Menurutnya, usaha persatuan itu menganjurkan beberapa siri seminar keibubapaan selama ini dan seminar kepimpinan belia/remaja merupakan suatu yang amat dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh daripada beliau.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Melanau Dalat untuk membolehkan persatuan itu menjalankan program-program kemasyarakatan yang telah dan akan dirancangkan.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim M. Mekir memberitahu seminar kepimpinan itu dihadiri seramai 30 peserta yang dipilih dari daerah Dalat dan merupakan siri keempat dianjurkan persatuan itu tahun ini.
Sementara itu, katanya, persatuan itu akan menganjurkan seminar khas untuk seramai 40 ibu tunggal selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Disember ini dan merupakan seminar terakhir dianjurkan tahun ini.
Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraie, Pegawai Penerangan LPPK Negeri Sarawak Fairul Desa, Ibrahim M. Mekir dan timbalannya, Benedick Pon Akei serta ketua-ketua masyarakat.

Wednesday 5 December 2012

SCORE Menepati Citrarasa Rakyat Sarawak


Tauk Sik Kitak???
kita patut bersyukur kerana kita mempunyai pemimpin yang ingin memajukan rakyatnya..Pemimpin sebegini lah yang kita patut contohi..


KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) adalah satu program yang paling baik bagi Sarawak, yang mungkin tidak dapat ditukar dengan bentuk-bentuk strategi pembangunan lain.
Katanya, tidak ada sektor lain yang dapat memberikan peluang pekerjaan seperti SCORE, malah separuh daripadanya tidak akan memanfaatkan rakyat Sarawak, misalnya pelancongan dan lain-lain.
“Di bawah SCORE, lebih sejuta peluang pekerjaan akan dapat kita wujudkan dalam tempoh 20 tahun iaitu menjelang 2030,” katanya berucap pada Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak 2012 di sini, malam kelmarin.
Taib berkata, semua bidang pekerjaan di SCORE akan membabitkan bentuk pekerjaan yang berkaitan dengan pasaran dunia iaitu 32 peratus daripadanya akan diisi oleh pekerja mahir dan separuh mahir.
Sehubungan itu, beliau meminta Yayasan Sarawak agar membantu mencari kaedah terbaik dalam menggalakkan pembangunan pendidikan berasas kemahiran teknikal kepada pelajar di negeri ini.
Ini kerana, katanya, pelajar yang mempunyai kemahiran teknikal dilihat menjadi keperluan utama untuk menampung tenaga kerja di SCORE.
“Saya menyerahkan kepada Yayasan Sarawak untuk mencari jalan menggalakkan pembangunan kemahiran ini dengan seluas-luasnya serta mencapai kehidupan lebih baik khasnya untuk anak-anak di luar bandar,” katanya.
Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas merangkap Pengerusi Yayasan Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, Yayasan Sarawak mempunyai misi yang besar dalam memenuhi pasaran pekerjaan di SCORE.
“Selain memberi biasiswa, Yayasan turut menaja institusi-institusi yang menawarkan pendidikan teknikal yang berkualiti di negeri ini.
“Penglibatan dan kerjasama dengan badan-badan ini amat penting dalam memastikan sasaran dalam SCORE tercapai,” katanya.
Majlis Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak 2012 malam kelmarin yang memasuki penganjuran ke-20 menyaksikan seramai 22 penerima anugerah daripada 25 kategori yang dipertandingkan.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
-Borneo Post
  

Tuesday 4 December 2012

Kuching Belanja RM10j Untuk PBR 2011

Tauk Sik Kitak???
 Demi rakyat  Kerajaan akan membelanja sebanyak Rm10juta dalam PBR

KUCHING: Pejabat Daerah Kuching membelanjakan hampir RM10 juta di bawah Program Bantuan Perumahan (PBR) untuk membina rumah baharu serta membaik pulih rumah sedia ada bagi memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan miskin dan miskin tegar.Pegawai Daerah Kuching Mahri Sarpawi berkata, sebanyak 184 rumah baharu telah dibina manakala 56 dibaik pulih pada tahun ini melalui program PBR bagi mereka yang layak dan berdaftar dalam sistem e-Kasih.“Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi pembinaan sesebuah rumah baharu manakala RM12,000 untuk membaik pulih sese-buah rumah sedia ada,” ujarnya.Beliau turut menjelaskan walaupun pejabatnya menerima pendaftaran bagi sistem e-Kasih namun tidak semua peruntukan diagih menerusi-nya.“Setakat ini pejabat kami hanya menguruskan program PBR sementara bantuan-bantuan lain untuk penduduk miskin dan miskin tegar hanya disalurkan menerusi agensi-agensi berkaitan lain.“Tugas kami hanyalah membantu pihak kerajaan mengenal pasti serta menyediakan nama-nama penduduk isi rumah yang layak dan berdaftar dalam sistem e-Kasih, namun jenis-jenis bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi tersebut adalah di luar bidang kuasa kami,” jelasnya setelah mendapati masih ramai yang merungut tidak mendapat bantuan walaupun sudah berdaftar dalam sistem e-Kasih.Sementara itu dalam ucapannya pada Majlis Pemadanan Bantuan 1AZAM Daerah Kuching semalam Mahri menjelaskan program tersebut dianjurkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta menambah pendapatan mereka sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu dari RM700 sehingga RM2000 sebulan.Majlis pemadanan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuching dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Pertanian, FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), GIATMARA, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Turut hadir pada majlis di Dewan Undangan Negeri Lama ialah Temenggung Helmi Mohd Gol dan Pemanca Rashidi Junai. 



Pembangkang Diminta Semak Fakta Sebelum Keluarkan Kenyataan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Tauk Sik Kitak???
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama membabitkan soal
keselamatan dan pertahanan.

Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.

"Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Sabtu lalu yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.

Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata soal keselamatan dan pertahanan negara tidak harus dipolemikkan kerana soal keselamatan dan pertahanan negara tidak ada sebarang kompromi.

"Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab," katanya.

-Bernama

Kecewa Dengan Hala Tuju PAS,Anak Muda PAS Keluar Parti


Tauk Sik Kitak??
Tok lah padah nya mun pemimpin yang mengejar harta dan pangkat.. ini kah pemimpin yang kitak orang maok??Jangan lah kitak tersalah pilih kerna hasutan semata-mata ini lah padah nya  kepada anak muda di Kuala Nerang

Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa dengan hala tuju PAS sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai Umno.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno._-Bernama


Sarawak Bakal Jadi Pintu Masuk Ekonomi Ke Indonesia


Tauk Sik Kitak???
Sarawak mungkin mengembangkan ekonominya ke negara jiran (indonesia). ini akan memajukan lagi negeri sarawak

KUCHING: Sarawak berpotensi menjadi pintu masuk ekonomi ke Indonesia kerana ia mempunyai penyambungan komunikasi dan lokasi yang baik, kata Menteri Pe-rancangan Sumber dan Alam Se-kitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurut beliau, sebagai contoh, Sarawak mempunyai hubu-ngan laut, darat dan udara yang baik dengan Indonesia serta beberapa pelabuhan, sekali gus menjadikannya pintu masuk ekonomi penting ke republik itu.
“Selain itu, Sarawak merupakan (negeri) jiran kepada Sabah dan Brunei Darussalam. Oleh yang demikian adalah menjadi pilihan terbaik untuk negeri ini memperluaskan hubungan ekonominya dengan Indonesia,” katanya ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Bupati Jepara, Ahmad Marzuki di pejabatnya di Jalan Kartini, di Jepara, Indonesia.
Dalam kenyataannya di sini semalam, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam yakin Indonesia seperti negara ASEAN lain berpotensi muncul sebagai negara yang kukuh ekonominya pada masa akan datang seperti Jepun, Korea Selatan, China dan India.
Menurutnya, ketika ini situasi ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah tidak begitu kukuh, jus-teru negara-negara di Asia Tenggara harus bergabung sebagai kuasa ekonomi baharu.
Menteri Pembangunan Industri Sarawak itu mengetuai delegasi 49 individu ke Jepara dan Jakarta terdiri daripada menteri-menteri muda, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), vendor-vendor Perbadanan Kemajuan  Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), usahawan-usahawan dan ketua-ketua pelbagai jabatan dari 3 hingga 7 Disember.
Menteri-menteri muda terdiri daripada Datuk Peter Nansian Ngusie (Pembangunan Estet Perindustrian), Datuk Naroden Majais (Pembangunan Usahawan Bumiputera dan Perancangan Sumber), Datu Len Talif Salleh (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Julaihi Narawi (Pelaburan dan Promosi).
Lawatan itu bertujuan mendedahkan delegasi kepada perkembangan terkini pembangunan industri perabot terutamanya pe-rabot berukiran dan mengukuhkan rangkaian perdagangan antara delegasi, pengilang dan pengeluar perabot di Jepara.
Pada masa sama ia mewujudkan kerjasama dalam perkhidmatan latihan serta teknikal antara PUSAKA dengan pusat latihan Jepara.
Menyentuh mengenai industri perabot di Sarawak, Awang Tengah berkata walaupun industri itu wujud dalam skala besar ketika ini, beliau yakin ia boleh berkembang positif ke peringkat lebih tinggi dengan pembabitan lebih ramai pakar.
Beliau memberitahu, Sarawak setakat ini mengimport perabot bernilai RM8 juta dari Indonesia dan jumlah itu boleh meningkat jika wujud hubungan perdagangan lebih baik antara kedua-dua negara.
Industri kayu Sarawak, ujarnya, masih menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan projek penanaman semula hutan akan meningkat kepada satu juta hektar menjelang tahun 2020 sekali gus menggambarkan potensi cerah industri perabot di negeri ini.-Borneo Post

Monday 3 December 2012

Politik SARAWAK Aman Dan Tenang





Setahun dua ini telah melihat suasana dan keadaan politik negara tidak stabil.  Demonstrasi jalanan berulang di Kuala Lumpur dan banyak kerosakan harta benda terjadi.  Tidak terlepas juga imej negara di kotorkan oleh rakyat Malaysia sendiri dan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara teruja.  Begitu kencangnya serangan DAP, PAS dan PKR terhadap kerajaan sehingga 'ketenangan' negara merudum. 

Cauvinis DAP lantang memfitnah kerajaan menindas sekolah Cina namun langsung tidak menyebut bahawa kerajaan 'bossnya' DAP Singapura telah lama menghapuskan semua sekolah kaum (Melayu dan pondok) dan memaksa semua kaum-kaum minoriti di Singapura untuk menghadiri sekolah kebangsaan sahaja.

PAS aka ' Taliban' pula berceramah bahawa sesiapa yang tidak menyokong fahaman politik mereka wajib DIPANCUNG (dibunuh dengan potong kepala).  Antara contoh-contoh kononnya 'ulama-ulama' PAS dan PKR yang  menghasut keganasan adalah 'Ulama Agung PKR' Ustaz (menggelar dirinya) Badrul Amin yang berceramah di khalayak ramai agar Mufti Perlis DIPANCUNG (dibunuh dengan potong kepala).

PKR pula berkempen untuk membenarkan umat Islam murtad (diperkatakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah dalam ceramah umum) dan homoseksual/lesbian di halalkan.

Setiap hari dimana saja pelusuk semenanjung Malaysia ceramaha DAP, PAS dan PKR meleparkan fitnah terhadap kerajaan.  Setiap jam atau minit fitnah, cemuhan dan kebencian di ucapkan dalam 'facebook' dan twitter.

Apa sudah jadi kepada negara ini?

Namun dalam keadaan politik yang huru-hara di Semenanjung Malaysia keadaan politik di Sarawak aman damai.

Apakah hikmah atau 'wisdom' YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud yang melindungi keamanan Sarawak daripada ribut politik di Semenanjung Malaysia?

Kesabaran.  Kesabaran menghadapi segala fitnah dan cemuhan dari DAP, PKR dan PAS.  Malah ada desakan dari pemimpin 'sahabat' BN semenanjung yang mendesak pengunduran YAB Pehin Sri Taib Mahmud namun berkat kesabarannya tidak menjadi 'gaduh besar'.

Kebijaksanaan.  Tidak melatah atau terburu-buru untuk menjawab fitnah dan tohmahan pembangkang.

Ketegasan.  Ketegasan dan kekuatan hati (dalam menghadapi tekanan dan fitnah) untuk tidak mengikut rentak politik pembangkang.  Apabila pembangkang sering menghasut rakyat untuk mendesak yang tidak munasabah dari kerajaan maka Taib Mahmud berdiri tegas seperti ibubapa yang bertanggungjawab.  Tidak 'manjakan' rakyat yang telah termakan manis hasutan DAP, PKR dan PAS.

Keimanan.  Keimanan terhadap Tuhan yang Maha Esa.  Untuk menpunyai ketegasan, kesabaran dan kebijaksanaan untuk mengharungi cabaran politik fitnah pembangkang maka perlu keimanan.  Keimanan yang membolehkan kesabaran kerana tanpa iman maka mungkin tidak sabar atau tidak tahan.

Semoga rakyat dan negeri Sarawak tetap dinaungi dalam keamanan dan kemakmuran.http://mudatengah.blogspot.com

Rm 1.12 Juta Untuk Keselesaan Rakyat Sibu

Datuk Tiong Thai King

Taik Sik Kitak ??
Untuk seselesaan rakyat sibu,Kerajaan telah menaik taraf  12 batang jalan bernilai  Rm 1.12 juta.
Sebagai pengerusi  Majlis Perbandaran Sibu(MPS)  Datuk Tiong Thai King berkata "proses penaik taraf jalan-jalan tersebut telah bermula sejak awal November dan kini semua nya telah siap".
 Dan jalan-jalan tersebut  seperti Jalan Camar, Jalan Kandis, Payung Lorong 3, Jalan Teku Lama, Jalan Rambai, rumah penyembelihan khinzir, Ding Lik Kwong Lorong 12, Sungai Merah Lorong 4, Dewan Suarah, Merdeka Lorong 2, 3, dan 4, Jalan Lai Chee dan Tuah Lorong 7.

“Projek naik taraf jalan terbabit dilaksanakan pada masa yang berbeza iaitu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan Jalan Lai Chee adalah jalan terakhir yang telah siap pada 23 November lalu,” katanya.  Dalam Borneo Post

Bercakap kepada pemberita semasa mengadakan pemeriksaan ke atas jalan-jalan terbabit di sini semalam, Tiong memberitahu bahawa projek naik taraf jalan Sena Lorong 7 dijangka siap pada akhir tahun ini dengan kos RM102,600

Kitak sepatut nya melihat  betapa gigih nya usaha BN untuk memajukan rakyat. Bukan nya seperti pihak pembangkang hanya menunding jari kearah kearah pihak kerajaan jika mengalami masalah..
Ini lah yang patut kita fikirkan.Jangan biar diri kita di pergunakan oleh pihak pembangkang

SUPP Menggesa DAP Berhenti Kelirukan Rakyat


Tauk sik Kitak???
KUCHING: Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk berhenti mengelirukan orang awam berhubung pelaksanaan undang-undang Islam ke atas bukan Islam oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diterajui Kerajaan Negeri Kelantan.

Setiausaha Agungnya Wilfred Yap berkata walaupun DAP telah berulang kali menyatakan bahawa tidak ada cara untuk undang-undang Islam akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mula berkuasa, insiden baru-baru ini di Kelantan menunjukkan sebaliknya.
Yap merujuk kepada kemarahan orang awam ke atas saman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dua minggu lalu kepada pemilik salun rambut di Kelantan kerana salun rambut wanita turut memotong rambut pelanggan lelaki.
“Walaupun DAP sentiasa meminta orang ramai untuk tidak takut dan menyatakan bahawa tidak ada cara untuk undang-undang Islam dilaksanakan, kini kita boleh melihat bahawa fakta itu adalah sama sekali berbeza daripada apa yang dikatakan DAP. Jadi jangan sekali mempercayai kata-kata mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena kempen mengutuk tindakan MPKB yang turut dihadiri oleh sekumpulan pendan-dan rambut di sini sebagai menunjukkan sokongan kepada rakan-rakan mereka di Kelantan.
Pada 27 November lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba melegakan kemarahan dengan menyatakan bahawa PAS percaya Kerajaan Ne-geri Kelantan tidak bermaksud untuk memperluaskan pelaksanaan mana-mana undang-undang atau undang-undang yang berkaitan dengan moral ke atas bukan Islam.
“Jadi daripada apa yang dia (Abdul Hadi) kata, ia seolah-olah bahawa dia telah membayangkan bahawa pelaksanaan undang-undang Islam yang telah dilakukan disebabkan kesilapan yang tidak disengajakan tetapi pengawasan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS?” kata Yap mempersoalkan.
Beliau menyatakan kesedihannya bahawa DAP yang merupakan sebahagian daripada PR, telah gagal mendesak Kerajaan Ne-geri Kelantan untuk mentakrifkan dengan jelas dan memasukkan dalam permulaan setiap satu undang-undang dan undang-undang kecil negeri mereka bahawa peraturan-peraturan tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Yap berkata, kedua-dua Parti Keadilan Rakyat dan DAP mestilah ikhlas kepada rakyat dengan tidak menyatakan apa-apa yang boleh mengelirukan rakyat hanya demi meraih undi daripada pengundi.Borneo Post

Kerajaan Negeri Selangor Cuba Sembunyikan Kebenaran

NONE
Tauk Sik Kitak???

Pengerusi Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong menuntut supaya Kertas Putih kerajaan negeri Selangor mengenai pelunasan hutang Talam Corporation, dibuat semula kerana mendakwa
 RM121 juta telah "hilang".


 Beliau membandingkan maklumat dalam dokumen itu dengan 
satu pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 28 November oleh Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB), yang didedahkannya dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dalam pengumuman KHSB, juruaudit AKN Arif telah dilantik untuk menjalankan satu kajian pelunasan hutang oleh Talam," katanya.

Jumlah hutang Talam dan penalti pembayaran lewat kepada KHSB sepatutnya RM236 juta dan bukan RM115 juta, Chua berkata.

Beliau mendakwa bahawa RM121 juta telah dihapuskira dalam pelunasan hutang Talam, kerana jumlah itu hilang dalam Kertas Putih dan dalam laporan juruaudit yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata juruaudit itu juga turut mengulas bahawa siasatan lanjut diperlukan untuk menentukan sama ada prosedur yang betul telah diikuti berkaitan dengan pelunasan hutang tersebut.

"Jika segala-galanya dijelaskan dalam kertas putih dan laporan KPMG, mengapa siasatan lanjut kini diperlukan?" Katanya.

Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Kertas Putih berhubung pelunasan RM392 juta hutang Talam bagi membuktikan kepada para pengkritik bahawa ia bukan tindakan untuk menyelamatkan Talam.

Bagaimanapun, Chua tetap bertegas bahawa langkah pelunasan hutang tersebut, bertujuan untuk menyelamat dan membantu Talam, dan mendakwa kertas putih dan laporan KPMG hanyalah langkah untuk menyembunyikan kebenaran.-MalaysiaKini

Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) Jadi Platfom Untuk Belia Berjaya


Tauk Sik Kitak???
Semalam sebuah kelab telah ditubuhkan atas kerjasama Gitamara dan rakan strategic iaitu Kelab Teknologi Bumiputra (KTB) bagi menjadi platform menarik minat belia dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional dengan lebih terperinci.

KUCHING 3 Dis. - Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) yang ditubuhkan oleh GiatMara bersama rakan strategik, Utusan Malaysia mampu menjadi platform bagi menarik minat golongan remaja di negeri ini untuk menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional dengan lebih mendalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, bidang teknikal atau vokasional diakui menjanjikan masa depan yang cerah kepada sesiapa sahaja yang menceburinya secara serius.

Bagaimanapun kata beliau, bidang tersebut tidak popular seperti bidang lain menyebabkan tidak ramai golongan muda berminat menjadikannya sebagai kerjaya tetap.

"Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dijangka memerlukan ramai tenaga kerja yang mempunyai latar belakang dalam bidang teknikal atau vokasional._Utusan

Sunday 2 December 2012

Belia Perlu Tangani Masalah Dengan Berkhemah Dan Beriman

 Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain 


Tauk Sik Kitak???


KUCHING: Golongan belia perlu bersedia dari sudut fizikal dan rohani untuk memastikan segala dugaan dapat ditangani dengan berhemah dan beriman.
Yang di-Pertua Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain berkata, belia masa kini terdedah kepada pelbagai maklumat serta persekitaran melalui teknologi semasa atas nama kemajuan global dan pembangunan.
“Justeru, belia mestilah mengelak daripada terjebak dengan kegiatan atau kelakuan yang bertentangan dengan ajaran agama dan tidak terlalu taksub dengan pandangan radikal sehingga terpesong dari batasan pemikiran Islam yang sebenar,” ujarnya ketika berucap pada perasmian Muktamar Kepimpinan Islam Malaysia (MUKIM) Sarawak 2012 di Pusat Penerangan Islam semalam.
Aziz berkata, belia harus bersikap proaktif dalam menyuarakan pandangan menerusi landasan yang selesa dan berhemah seperti forum, halaqah serta muktamar seperti yang diadakan di samping mempersiapkan diri dari sudut ilmu pendidikan moden serta menyemai sifat-sifat Islam dan iman.
MUKIM Sarawak 2012 bertemakan ‘Kepimpinan Belia: Sejarah dan Hala Tuju’ merupakan anjuran Perhimpunan Belia Muslim Sedunia (WAMY) dari Arab Saudi serta HIKMAH Sarawak dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat WAMY Profesor Datuk Abang Abdullah Abang Ali berkata, pembelajaran sejarah Islam amat penting bagi pemahaman Islam yang sebenar seterusnya membetulkan imej Islam pada kaca mata umum.
Menurut Abdullah, segelintir pihak sengaja merosakkan imej Islam dan menyebabkan salah faham dalam kalangan orang bukan Islam.
Dan, dalam usaha menegakkannya seseorang itu mungkin akan dilabelkan sebagai pelampau ataupun pengganas oleh pihak barat dan oleh itu ia harus diperbetulkan.
Dalam pada itu, Pengerusi MUKIM 2012 Ustaz Shahrin Awaludin menjelaskan antara tujuan muktamar tersebut diadakan adalah bagi menjelaskan ciri-ciri kepimipinan belia Islam dari perspektif sirah Rasulullah SAW dan sejarah kegemilangan Islam serta mengenal pasti keperluan-keperluan asas dalam membina kepimpinan belia Islam.
Seramai 400 belia termasuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dari seluruh Kuching dan Kota Samarahan mengambil bahagian pada muktamar yang merangkumi bengkel dan pembentangan oleh tokoh-tokoh dari dalam dan luar negara dengan harapan akan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepimpinan belia Islam di negeri ini.-Borneo Post


Saya akan bersara , Ting akan mengambil alih tempat saya-Chin

Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Tauk Sik Kitak???

MIRI: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tetap berpegang teguh dengan pendirian beliau untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan menyokong pencalonan Datuk Sebastian Ting sebagai calon baharu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Parlimen Miri.
Bercakap kepada media di pejabat SUPP Piasau semalam, Chin menafikan laporan akhbar tempatan tentang kenyataan beliau menarik balik keputusan berkenaan dan hasrat beliau untuk bertanding untuk mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Miri yang telah disandang selama enam penggal.
“Persoalannya sekarang, adakah saya menarik balik keputusan saya untuk bertanding? Tidak sama se-kali! Sekiranya saya tarik balik bererti saya mahu bertanding dan me-nunggu keputusan daripada PM (Datuk Seri Najib Tun Razak). Ini bukan kesnya. Saya tidak pernah berkata begitu,” tegasnya.
Beliau memberitahu, setelah 26 tahun dipilih sebagai Ahli Parlimen Miri, Chin berasakan sudah tiba masanya untuk membenarkan orang baharu menggantikan tempat beliau.
Datuk Sebastian Ting
“Secara asasnya, saya telah membuat pilihan yang saya akan bersara dan membenarkan orang baharu (Ting) mengambil alih tempat saya (Ahli Parlimen Miri). Parti juga bersetuju. CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) juga bersetuju. CWC juga menerima Ting sebagai calon BN untuk Miri,” ujar Presiden SUPP itu.
Ting yang merupakan Setiausaha Politik Chin di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Pengerusi SUPP Piasau, telah di-cadangkan oleh SUPP sebagai calon kerusi Miri pada PRU13.
Ditanya jika beliau dicalonkan semula oleh PM, Chin berkata, bukan sikap atau cara beliau sebagai pengerusi kepada sebuah parti untuk membuat pengumuman kepada umum dan media tentang perbincangan peribadi antara beliau dan PM.
Secara peribadinya, katanya, beliau tetap teguh dengan pendirian untuk tidak bertanding dan menyokong pencalonan Ting sebagai wakil SUPP di kerusi Miri.
Chin menambah, ramai penduduk Miri tahu tentang hasrat persaraan beliau dan pencalonan Ting pada PRU13 kelak.
Perkara itu, katanya, sering diumumkan ketika beliau berucap merasmikan majlis-majlis bersama rakyat di sini.
“Saya konsisten. Setiap kali saya mengulas tentang subjek ini, saya sangat konsisten,” tegasnya.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut harus dipersetujui oleh Najib selaku Pengerusi BN yang mempunyai hak untuk memilih calon-calon BN pada PRU13 nanti.
“Sekiranya PM mahu memilih atau mengumumkan calon sama ada di Miri, Kuching atau di mana jua, beliau mempunyai sebab yang baik untuk membuat pilihan itu. Beliau tidak boleh buat pilihan sesuka hati.
“Pilihan adalah untuk kepenting-an parti. SUPP, dalam kes Miri misalnya, adalah menjadi tugas SUPP untuk menunjukkan kepada PM bahawa calon yang kita cadangkan boleh menang,” jelasnya.
Beliau menambah, sebagai se- buah keluarga besar, SUPP seperti parti-parti komponen BN yang lain harus akur dengan keputusan Najib tentang calon-calon yang dipilih untuk mewakili BN pada PRU13 kelak.
Setiap parti harus menerima pencalonan dengan hati terbuka dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan BN menang besar dan terus memerintah negara, ujarnya.-Borneo Post



Friday 30 November 2012

Tektik Pembanga Penuh dengan Fitnah!!


Tauk Sik Kitak???

Taktik Pembangkang.. sentiasa menggunakan tektik kotor.. tapi masyarakat serian tidak gentar walaupun di tuduh menyokong pihak pembangkang..

SERIAN: Sekumpulan ketua masyarakat di sini marah apabila satu kenyataan semasa ceramah politik diadakan Sabtu lepas mendakwa bahawa masyarakat Bidayuh di Serian telah beralih sokongan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menyuarakan kemarahan mereka pada satu mesyuarat di Pejabat Sekretariat Khidmat Ahli Parlimen Serian di sini semalam, mereka mengecam DAP kerana mendakwa isu berkenaan serta memperbesarkan jumlah masyarakat yang menghadiri ceramah mereka.
Tidak seperti yang didakwa, Kaunselor Majlis Daerah Serian (SDC) Malo Muol berkata, masyarakat Bidayuh masih teguh di belakang Barisan Nasional (BN) dan mereka akan terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Mereka mendakwa bahawa Bidayuh kini menyokong DAP. Sebenarnya, ia tidak benar.
“Mereka juga mendakwa terdapat lebih 2,000 rakyat menghadiri ceramah itu dan sekali lagi ini adalah tidak benar kerana pegawai-pegawai JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) mendapati jumlah kehadiran kira-kira 1,000,” katanya.
Malo yang juga Ketua Cawangan Kecil SUPP Bantang mengulas bahawa ramai di kalangan mereka yang datang ceramah itu bukan dari Serian sendiri.
“Ramai yang datang dari Tapah, Beratok dan Batu 29, iaitu bukan di bawah konstituensi Serian. Terdapat juga mereka dari Gedong, Simunjan dan Sri Aman.
“Mereka yang hadir ini bukan kerana mereka mahu berjumpa dengan pemimpin DAP tetapi kerana mereka mahu mendengar (ceramah) Baru Bian dari PKR,” katanya.
Ceramah yang diadakan di ruang letak kereta menyaksikan ucapan disampaikan speaker utama iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak, Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Serian Edward Andrew Luwak dan Pengerusi DAP Sri Aman Leon Jimat Donald.
Sementara itu, seorang lagi kaunselor SDC Jimmy Lamgod berkata DAP hanya bermimpi di siang hari untuk mencapai kemenangan di Serian.
“Kami tidak menerima DAP dan semua ceramah DAP mampu tersebar di Serian hanyalah mimpi di siang hari kepada mereka,” katanya.
Kawasan Parlimen Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP juga Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot selama lima penggal sejak beliau menang atas tiket Bebas pada tahun 1990.
Malo dan Jimmy berkata, Riot telah berkhidmat dengan baik di konstituensi itu dan beliau berpotensi menjadi menteri penuh dalam kabinet persekutuan.
Sementara itu, pemimpin akar umbi komponen parti BN lain berikrar bagi memastikan BN berjaya mempertahankan Serian.
Salah seorang daripada mereka ahli jawatankuasa PRS Tebedu Daniel Suhong Ajoi berkata Serian terutamanya luar bandar masih memerlukan BN untuk meneruskan pembangunan.-Borneo post


Pusat Jalut Lebar Akan Di Wujudkan Lebih Banyak-Dato Sri Michael Manyin Jawong




Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Kerajaan mer­ancang untuk mewujudkan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti di negeri ini bagi memenuhi keperluan penggu­naan Internet rakyat terutama di kawasan di luar bandar.Menteri Pembangunan In­frastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, usaha itu penting untuk memastikan penduduk luar bandar mampu melayari Internet seperti di bandar.
Menurutnya, setakat ini terdapat 34 pusat jalur lebar komuniti melibatkan 24 ka­wasan Parlimen di seluruh negeri.
“Kita akan terus mewujud­kan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti termasuk di kawasan yang mempunyai sambungan elektrik secara grid.
“Usaha ini penting untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang maklu­mat pasaran, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perubatan sekali gus dapat mengubah corak kehidupan penduduk di kawasan terpen­cil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ekspo ICT Sarawak 2012 dan Pelancaran TM UniFi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Sarawak Abdul Rahim Mohd Ali dan Pengerusi Penganjur Ekspo ICT Sarawak 2012 Jong Fui Ming.
Manyin berkata, pertam­bahan pusat jalur lebar komu­niti secara tidak langsung dapat meningkat kadar pen­embusan jalur lebar.
“Pada masa ini, Sarawak berada pada kedudukan tiga terendah di Malaysia dari segi kadar penembusan jalur lebar dengan hanya 47.5 peratus negeri ini diliputi perkhidma­tan jalur lebar,” ujarnya.
Mengulas mengenai In­ternet berkelajuan tinggi UniFi, Manyin berkata, kadar penembusan jalur lebar di negeri ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang dengan pengenalan perkhidmatan tersebut.
“Sarawak akan memasuki era baharu komunikasi dan pada masa perkhidmatan ini akan meningkatkan kadar penembusan Internet di neg­eri ini,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perniagaan Kom­puter Kuching Chong Choon Chiang menjelaskan, ekspo yang berlangsung dari 30 No­vember hingga 2 Disember itu disertai 107 pempamer.
“Kebanyakan pempamer menawarkan perkhidmatan terbaik dan pada masa sama, memperkenalkan produk terbaharu syarikat masing-masing,” kata Chong.
Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah menarik menanti pen­gunjung ekspo tersebut.
“Orang ramai di sekitar bandar raya ini dipelawa untuk menerokai ekspo ini yang menyediakan pelbagai tawaran menarik,” tambah­nya.-Borneo Post


Thursday 29 November 2012

Uji Kaji Pilihan Raya Tipu Daya Pembangkang




Tauk Sik Kitak????


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menyediakan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi ujian getir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan peti undi sebagai medan uji kaji.
Menurut beliau, tindakan menukar kerajaan hanya sekadar untuk uji kaji tanpa melalui penilaian yang betul, teliti dan kritikal sebenarnya amat berbahaya.
Presiden UMNO itu yang juga Perdana Menteri berkata, perbuatan itu sama seperti "mengamanahkan tikus untuk membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."
"Kita sering mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara.
"Namun, ini satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara dan keluarga kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Beliau memberitahu, perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU-13 kerana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jika Dewan Rakyat tidak dibubar oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, ia akan bubar dengan sendirinya pada waktu tempoh mandat kerajaan sedia ada tamat pada 28 April 2013.
Najib menegaskan, rakyat berhak mengetahui tipu muslihat pembangkang sebelum membuang undi.
Katanya, lima tahun adalah satu tempoh yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku.
Beliau menegaskan, UMNO tidak akan membiarkan Malaysia hancur disebabkan janji-janji bohong pembangkang.
"Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita kehilangan darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula, tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang, akhirnya terbangsat dan merempat di tanah sendiri," katanya.
Najib kemudian dengan rendah diri berkata, tidak wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan dan untuk itu, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, UMNO menyusun memohon maaf atas kekhilafan.
"Saya selaku Presiden UMNO bersama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," kata beliau dengan disambut laungan semangat para perwakilan yang bangun dari tempat duduk.
Sejurus keluar dari Dewan Merdeka, Najib terus memperkenalkan buku hasil karyanya yang memperincikan kewajaran program transformasi kerajaan.
Buku setebal 249 muka surat itu yang bertajuk Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB).
Ia dijual pada harga RM32 di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak.
Source- Kosmo Online


Pameran Kerjaya Terbesar Di BCCK,Kuching


KUCHING: Kira-kira 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2012 yang akan berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Disember depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pameran kerjaya terbesar pertama seumpamanya itu melibatkan 350 agensi yang terdiri daripada 130 institusi latihan kemahiran dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia, 100 syarikat dan 20 agensi penyedia bantuan kewangan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, SCaT Fair merupakan susulan daripada pelancaran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), Februari lepas.
Bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 10 Disember ini, SCaT Fair merupakan platform terbaik untuk para pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa mengetahui peluang-peluang pendidikan, pekerjaan dan bantuan kewangan yang ditawarkan.
“Sejak pelancaran Februari lepas, TEGAS telah memberi khidmat kepada kira-kira 52,000 pelajar dari segi peluang-peluang pendidikan, bantuan kewangan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
“Justeru semua belia dijemput untuk datang ke BCCK pada 10-11 Disember ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang akan mereka dapati.
“Selain mencari pekerjaan, mereka juga dapat merancang untuk meningkatkan kapasiti diri masing-masing dengan cara mendaftar dengan institusi kemahiran supaya mereka dapat menyumbang sebagai pekerja mahir dalam pembangunan SCORE,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai SCaT Fair 2012 di Tingkat 3, Bangunan Wisma Sumber Alam di sini semalam.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Bendahari TEGAS Snowdan Lawan, Ahli Lembaga TEGAS Johnichal Rayong dan wakil NGO Datuk Patrick Liew.
Mengulas lebih lanjut mengenai SCaT Fair, ia dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama TEGAS, Angkatan Zaman Mansang (AZAM), Jabatan Pelajaran Sarawak dan Gerakan Pemuda.
Bertemakan ‘Enhancing Employability,’ SCaT Fair dirancang dengan meliputi pameran dan ceramah yang menjurus kepada SCORE dan peluang-peluang pekerjaan.
Antara acara sampingan, Seminar Rakan TEGAS yang terdiri daripada 183 kaunselor dari Sekolah Menengah di seluruh Sarawak, seminar dan aktiviti belia oleh AZAM dan seminar ekopelancongan oleh Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera.
Dalam pada itu, Gerakan Pemuda akan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan keusahawanan seperti bengkel fotografi, kraft tangan jualan hasil belia, membuat kek dan persembahan muaythai.
Bagi memudahkan pengunjung, turut akan disediakan pengangkutan percuma dari The Spring, hentian bas Jalan Kulas, hentian bas Riverside dan Emart, Matang ke BCCK setiap satu jam.
SCaT Fair dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi hingga 5 petan-Borneo Post


Selamat!! PDRM Sarawak Setaraf Singapura




Tauk Sik Kitak????

KUCHING 28 Nov. - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan negeri ini adalah setanding dengan Singapura apabila nisbah jenayah adalah lima kes bagi 1,000 penduduk atau (5:1,000).
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kegiatan jenayah di negeri ini menurun kepada 8,526 kes tahun ini berbanding 9,266 kes bagi tahun sebelumnya.
Katanya, penurunan sebanyak 740 kes atau lapan peratus itu turut membuktikan kadar jenayah di negeri ini antara yang terendah di seluruh negara.
"Begitu juga dengan kegiatan penyalahgunaan dadah iaitu statistik di daerah Limbang menunjukkan sebanyak 74 kes dengan 76 tangkapan telah dibuat dari tempoh Januari hingga Oktober ini.
"Bagi daerah Lawas pula, kegiatan jenayah dadah menurun sejak tiga tahun lalu iaitu 83 kes dibuka dengan 94 tangkapan pada 2010, 70 kes dengan 74 tangkapan (2011) dan sehingga bulan lalu sebanyak 59 kes dibuka dengan 60 tangkapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di peringkat kementerian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu, Alfred Jabu berkata, dalam kes kegiatan perjudian internet haram pula, pihak polis telah membuat 282 serbuan dengan jumlah tangkapan seramai 507 orang sehingga akhir bulan lalu.
Menurutnya, daerah Sibu mengatasi daerah lain apabila 68 serbuan telah dibuat dan berjaya menangkap seramai 140 orang dengan rampasan komputer sebanyak 280 unit.
Kata beliau, daerah Kuching pula merupakan bahagian ketiga tertinggi namun keadaannya masih terkawal iaitu sebanyak sembilan serbuan dengan jumlah tangkapan 20 orang dan rampasan komputer sebanyak 110 unit.-Utusan