Tauk Sik Kitak??
Tok lah padah nya mun pemimpin yang mengejar harta dan pangkat.. ini kah pemimpin yang kitak orang maok??Jangan lah kitak tersalah pilih kerna hasutan semata-mata ini lah padah nya kepada anak muda di Kuala Nerang
Sekumpulan
anak muda adalah antara 16 anggota PAS Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir
di Kuala Nerang, yang bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas kecewa
dengan hala tuju PAS sekarang.
Mohd
Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai PAS tiga tahun lepas, namun kecewa
selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan
kehendak majoriti.
"Mereka
(pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya
dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.
"Kami
golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih Umno
yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan
agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang
keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di
Kuala Nerang malam tadi.
Bagi
Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin PAS di kawasannya tidak
mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.
Beliau
yang menyertai Umno bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang
pun pemimpin PAS menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.
Zakiah
juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan
menyertai Umno.
Sementara
itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata
walaupun bilangan anggota PAS yang menyertai Umno tidak ramai, beliau yakin
perkembangan itu mengukuhkan lagi Umno dan BN khususnya di Padang Terap.
"Saya
dapat tahu ramai lagi bakal keluar PAS untuk menyertai kita. Saya
mengalu-alukan mereka kerana Umno tidak sekali-kali menutup pintu atau
menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.
Mahdzir
berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam Umno menyerlahkan kesedaran
generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.
Beliau
turut berterima kasih kepada anggota PAS yang menyokong perjuangan Umno._-Bernama
No comments:
Post a Comment