Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
Tauk Sik Kitak???
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin pembangkang
menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama
membabitkan soal
keselamatan
dan pertahanan.
Beliau
berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan
ketawa pihak yang lebih mengetahui.
"Saya
fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli
profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka,"
katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian
Pertahanan di ibu negara, hari ini.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar
Sabtu lalu yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah,
mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah
anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian
antarabangsa.
Reaksi
daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit
Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah
anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini
menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Ahmad
Zahid yang juga naib presiden Umno berkata soal keselamatan dan pertahanan
negara tidak harus dipolemikkan kerana soal keselamatan dan pertahanan negara
tidak ada sebarang kompromi.
"Kita
sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan
tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab," katanya.
-Bernama
No comments:
Post a Comment