Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain |
Tauk Sik Kitak???
KUCHING: Golongan belia perlu bersedia
dari sudut fizikal dan rohani untuk memastikan segala dugaan dapat ditangani
dengan berhemah dan beriman.
Yang di-Pertua Harakah Islamiah
(HIKMAH) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain berkata, belia masa kini
terdedah kepada pelbagai maklumat serta persekitaran melalui teknologi semasa
atas nama kemajuan global dan pembangunan.
“Justeru, belia mestilah mengelak
daripada terjebak dengan kegiatan atau kelakuan yang bertentangan dengan ajaran
agama dan tidak terlalu taksub dengan pandangan radikal sehingga terpesong dari
batasan pemikiran Islam yang sebenar,” ujarnya ketika berucap pada perasmian
Muktamar Kepimpinan Islam Malaysia (MUKIM) Sarawak 2012 di Pusat Penerangan
Islam semalam.
Aziz berkata, belia harus bersikap
proaktif dalam menyuarakan pandangan menerusi landasan yang selesa dan berhemah
seperti forum, halaqah serta muktamar seperti yang diadakan di samping
mempersiapkan diri dari sudut ilmu pendidikan moden serta menyemai sifat-sifat
Islam dan iman.
MUKIM Sarawak 2012 bertemakan
‘Kepimpinan Belia: Sejarah dan Hala Tuju’ merupakan anjuran Perhimpunan Belia
Muslim Sedunia (WAMY) dari Arab Saudi serta HIKMAH Sarawak dengan kerjasama
Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Pertubuhan
Ikram Malaysia (IKRAM).
Sementara itu, Pengerusi Lembaga
Penasihat WAMY Profesor Datuk Abang Abdullah Abang Ali berkata, pembelajaran
sejarah Islam amat penting bagi pemahaman Islam yang sebenar seterusnya
membetulkan imej Islam pada kaca mata umum.
Menurut Abdullah, segelintir pihak
sengaja merosakkan imej Islam dan menyebabkan salah faham dalam kalangan orang
bukan Islam.
Dan, dalam usaha menegakkannya
seseorang itu mungkin akan dilabelkan sebagai pelampau ataupun pengganas oleh
pihak barat dan oleh itu ia harus diperbetulkan.
Dalam pada itu, Pengerusi MUKIM 2012
Ustaz Shahrin Awaludin menjelaskan antara tujuan muktamar tersebut diadakan
adalah bagi menjelaskan ciri-ciri kepimipinan belia Islam dari perspektif sirah
Rasulullah SAW dan sejarah kegemilangan Islam serta mengenal pasti
keperluan-keperluan asas dalam membina kepimpinan belia Islam.
Seramai 400 belia termasuk
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dari seluruh Kuching dan Kota
Samarahan mengambil bahagian pada muktamar yang merangkumi bengkel dan
pembentangan oleh tokoh-tokoh dari dalam dan luar negara dengan harapan akan
dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti kepimpinan belia Islam di negeri
ini.-Borneo Post
No comments:
Post a Comment