Sidak Yang Ikut Blog Tok

Sunday 2 December 2012

Saya akan bersara , Ting akan mengambil alih tempat saya-Chin

Datuk Seri Peter Chin Fah Kui

Tauk Sik Kitak???

MIRI: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tetap berpegang teguh dengan pendirian beliau untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan menyokong pencalonan Datuk Sebastian Ting sebagai calon baharu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Parlimen Miri.
Bercakap kepada media di pejabat SUPP Piasau semalam, Chin menafikan laporan akhbar tempatan tentang kenyataan beliau menarik balik keputusan berkenaan dan hasrat beliau untuk bertanding untuk mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Miri yang telah disandang selama enam penggal.
“Persoalannya sekarang, adakah saya menarik balik keputusan saya untuk bertanding? Tidak sama se-kali! Sekiranya saya tarik balik bererti saya mahu bertanding dan me-nunggu keputusan daripada PM (Datuk Seri Najib Tun Razak). Ini bukan kesnya. Saya tidak pernah berkata begitu,” tegasnya.
Beliau memberitahu, setelah 26 tahun dipilih sebagai Ahli Parlimen Miri, Chin berasakan sudah tiba masanya untuk membenarkan orang baharu menggantikan tempat beliau.
Datuk Sebastian Ting
“Secara asasnya, saya telah membuat pilihan yang saya akan bersara dan membenarkan orang baharu (Ting) mengambil alih tempat saya (Ahli Parlimen Miri). Parti juga bersetuju. CWC (Jawatankuasa Kerja Pusat) juga bersetuju. CWC juga menerima Ting sebagai calon BN untuk Miri,” ujar Presiden SUPP itu.
Ting yang merupakan Setiausaha Politik Chin di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Pengerusi SUPP Piasau, telah di-cadangkan oleh SUPP sebagai calon kerusi Miri pada PRU13.
Ditanya jika beliau dicalonkan semula oleh PM, Chin berkata, bukan sikap atau cara beliau sebagai pengerusi kepada sebuah parti untuk membuat pengumuman kepada umum dan media tentang perbincangan peribadi antara beliau dan PM.
Secara peribadinya, katanya, beliau tetap teguh dengan pendirian untuk tidak bertanding dan menyokong pencalonan Ting sebagai wakil SUPP di kerusi Miri.
Chin menambah, ramai penduduk Miri tahu tentang hasrat persaraan beliau dan pencalonan Ting pada PRU13 kelak.
Perkara itu, katanya, sering diumumkan ketika beliau berucap merasmikan majlis-majlis bersama rakyat di sini.
“Saya konsisten. Setiap kali saya mengulas tentang subjek ini, saya sangat konsisten,” tegasnya.
Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut harus dipersetujui oleh Najib selaku Pengerusi BN yang mempunyai hak untuk memilih calon-calon BN pada PRU13 nanti.
“Sekiranya PM mahu memilih atau mengumumkan calon sama ada di Miri, Kuching atau di mana jua, beliau mempunyai sebab yang baik untuk membuat pilihan itu. Beliau tidak boleh buat pilihan sesuka hati.
“Pilihan adalah untuk kepenting-an parti. SUPP, dalam kes Miri misalnya, adalah menjadi tugas SUPP untuk menunjukkan kepada PM bahawa calon yang kita cadangkan boleh menang,” jelasnya.
Beliau menambah, sebagai se- buah keluarga besar, SUPP seperti parti-parti komponen BN yang lain harus akur dengan keputusan Najib tentang calon-calon yang dipilih untuk mewakili BN pada PRU13 kelak.
Setiap parti harus menerima pencalonan dengan hati terbuka dan bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan BN menang besar dan terus memerintah negara, ujarnya.-Borneo Post



No comments:

Post a Comment