Taktik Pembangkang..
sentiasa menggunakan tektik kotor.. tapi masyarakat serian tidak gentar
walaupun di tuduh menyokong pihak pembangkang..
SERIAN: Sekumpulan ketua masyarakat di sini marah apabila satu kenyataan
semasa ceramah politik diadakan Sabtu lepas mendakwa bahawa masyarakat Bidayuh di
Serian telah beralih sokongan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menyuarakan kemarahan mereka pada satu mesyuarat di Pejabat Sekretariat
Khidmat Ahli Parlimen Serian di sini semalam, mereka mengecam DAP kerana
mendakwa isu berkenaan serta memperbesarkan jumlah masyarakat yang menghadiri
ceramah mereka.
Tidak seperti yang didakwa, Kaunselor Majlis Daerah Serian (SDC) Malo
Muol berkata, masyarakat Bidayuh masih teguh di belakang Barisan Nasional (BN)
dan mereka akan terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan
datang.
“Mereka mendakwa bahawa Bidayuh kini menyokong DAP. Sebenarnya, ia tidak
benar.
“Mereka juga mendakwa terdapat lebih 2,000 rakyat menghadiri ceramah itu
dan sekali lagi ini adalah tidak benar kerana pegawai-pegawai JASA (Jabatan Hal
Ehwal Khas) mendapati jumlah kehadiran kira-kira 1,000,” katanya.
Malo yang juga Ketua Cawangan Kecil SUPP Bantang mengulas bahawa ramai
di kalangan mereka yang datang ceramah itu bukan dari Serian sendiri.
“Ramai yang datang dari Tapah, Beratok dan Batu 29, iaitu bukan di bawah
konstituensi Serian. Terdapat juga mereka dari Gedong, Simunjan dan Sri Aman.
“Mereka yang hadir ini bukan kerana mereka mahu berjumpa dengan pemimpin
DAP tetapi kerana mereka mahu mendengar (ceramah) Baru Bian dari PKR,” katanya.
Ceramah yang diadakan di ruang letak kereta menyaksikan ucapan
disampaikan speaker utama iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Baru yang
juga Pengerusi PKR Sarawak, Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen, Pengerusi
DAP Serian Edward Andrew Luwak dan Pengerusi DAP Sri Aman Leon Jimat Donald.
Sementara itu, seorang lagi kaunselor SDC Jimmy Lamgod berkata DAP hanya
bermimpi di siang hari untuk mencapai kemenangan di Serian.
“Kami tidak menerima DAP dan semua ceramah DAP mampu tersebar di Serian
hanyalah mimpi di siang hari kepada mereka,” katanya.
Kawasan Parlimen Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP juga
Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot selama lima penggal sejak beliau
menang atas tiket Bebas pada tahun 1990.
Malo dan Jimmy berkata, Riot telah berkhidmat dengan baik di
konstituensi itu dan beliau berpotensi menjadi menteri penuh dalam kabinet
persekutuan.
Sementara itu, pemimpin akar umbi komponen parti BN lain berikrar bagi
memastikan BN berjaya mempertahankan Serian.
Salah seorang daripada mereka ahli jawatankuasa PRS Tebedu Daniel Suhong
Ajoi berkata Serian terutamanya luar bandar masih memerlukan BN untuk
meneruskan pembangunan.-Borneo post
No comments:
Post a Comment