Tauk sik Kitak???
KUCHING: Pemuda Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (SUPP) semalam menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk berhenti
mengelirukan orang awam berhubung pelaksanaan undang-undang Islam ke atas bukan
Islam oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) yang diterajui Kerajaan Negeri
Kelantan.
Setiausaha Agungnya Wilfred Yap berkata
walaupun DAP telah berulang kali menyatakan bahawa tidak ada cara untuk
undang-undang Islam akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mula
berkuasa, insiden baru-baru ini di Kelantan menunjukkan sebaliknya.
Yap merujuk kepada kemarahan orang awam
ke atas saman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dua minggu lalu kepada
pemilik salun rambut di Kelantan kerana salun rambut wanita turut memotong
rambut pelanggan lelaki.
“Walaupun DAP sentiasa meminta orang
ramai untuk tidak takut dan menyatakan bahawa tidak ada cara untuk
undang-undang Islam dilaksanakan, kini kita boleh melihat bahawa fakta itu
adalah sama sekali berbeza daripada apa yang dikatakan DAP. Jadi jangan sekali
mempercayai kata-kata mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang
akhbar sempena kempen mengutuk tindakan MPKB yang turut dihadiri oleh
sekumpulan pendan-dan rambut di sini sebagai menunjukkan sokongan kepada
rakan-rakan mereka di Kelantan.
Pada 27 November lepas, Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba melegakan kemarahan dengan menyatakan bahawa
PAS percaya Kerajaan Ne-geri Kelantan tidak bermaksud untuk memperluaskan
pelaksanaan mana-mana undang-undang atau undang-undang yang berkaitan dengan
moral ke atas bukan Islam.
“Jadi daripada apa yang dia (Abdul
Hadi) kata, ia seolah-olah bahawa dia telah membayangkan bahawa pelaksanaan
undang-undang Islam yang telah dilakukan disebabkan kesilapan yang tidak
disengajakan tetapi pengawasan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS?” kata
Yap mempersoalkan.
Beliau menyatakan kesedihannya bahawa
DAP yang merupakan sebahagian daripada PR, telah gagal mendesak Kerajaan
Ne-geri Kelantan untuk mentakrifkan dengan jelas dan memasukkan dalam permulaan
setiap satu undang-undang dan undang-undang kecil negeri mereka bahawa
peraturan-peraturan tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Yap berkata, kedua-dua Parti Keadilan
Rakyat dan DAP mestilah ikhlas kepada rakyat dengan tidak menyatakan apa-apa
yang boleh mengelirukan rakyat hanya demi meraih undi daripada pengundi.Borneo Post
No comments:
Post a Comment