Kita sebagai rakyat mesti peka dan tahu mana satu kata-kata kosong atau yang membuahkan hasil.. dari dulu lagi kerajaan sentisa memberi keutamaan kepada rakyat nya untuk menjamin kehidupan rakyat nya.
Adalah tanggungjawap kita utntuk memastikan kerajaan kitak sentiasa teguh dan adil saksama...
KUCHING: Rakyat perlu terus bersatu dan memberi sokongan
yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam usaha memastikan program
transformasi dilaksanakan mencapai objektif.
Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael
Toyad berkata sokongan padu rakyat berbilang kaum dalam usaha
mentransformasikan negara menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat amat
mustahak bagi memastikan usaha mentransformasikan negara menjadi negara
berpendapatan tinggi menjadi kenyataan,” katanya ketika merasmikan Seminar
Kepimpinan Belia/Remaja anjuran Persatuan Melanau Dalat, baru-baru ini.
Mengenai seminar itu, Toyad berkata ia bukan sahaja
memberi kepentingan kepada masyarakat Melanau tetapi menyatupadukan kaum-kaum
lain dalam usaha menjayakan gagasan 1Malaysia.
Menurutnya, usaha persatuan itu menganjurkan beberapa
siri seminar keibubapaan selama ini dan seminar kepimpinan belia/remaja
merupakan suatu yang amat dialu-alukan serta mendapat sokongan penuh daripada
beliau.
Pada majlis itu, beliau mengumumkan sumbangan RM5,000
kepada Persatuan Melanau Dalat untuk membolehkan persatuan itu menjalankan
program-program kemasyarakatan yang telah dan akan dirancangkan.
Terdahulu, Pengerusi Persatuan Melanau Dalat Ibrahim M.
Mekir memberitahu seminar kepimpinan itu dihadiri seramai 30 peserta yang
dipilih dari daerah Dalat dan merupakan siri keempat dianjurkan persatuan itu
tahun ini.
Sementara itu, katanya, persatuan itu akan menganjurkan
seminar khas untuk seramai 40 ibu tunggal selama dua hari iaitu pada 15 dan 16
Disember ini dan merupakan seminar terakhir dianjurkan tahun ini.
Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Kenil Jeraie,
Pegawai Penerangan LPPK Negeri Sarawak Fairul Desa, Ibrahim M. Mekir dan
timbalannya, Benedick Pon Akei serta ketua-ketua masyarakat.
No comments:
Post a Comment