Sarawak mungkin mengembangkan ekonominya ke negara jiran (indonesia). ini akan memajukan lagi negeri sarawak
KUCHING:
Sarawak berpotensi menjadi pintu masuk ekonomi ke Indonesia kerana ia mempunyai
penyambungan komunikasi dan lokasi yang baik, kata Menteri Pe-rancangan Sumber
dan Alam Se-kitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurut
beliau, sebagai contoh, Sarawak mempunyai hubu-ngan laut, darat dan udara yang
baik dengan Indonesia serta beberapa pelabuhan, sekali gus menjadikannya pintu
masuk ekonomi penting ke republik itu.
“Selain
itu, Sarawak merupakan (negeri) jiran kepada Sabah dan Brunei Darussalam. Oleh
yang demikian adalah menjadi pilihan terbaik untuk negeri ini memperluaskan
hubungan ekonominya dengan Indonesia,” katanya ketika melakukan kunjungan
hormat ke atas Bupati Jepara, Ahmad Marzuki di pejabatnya di Jalan Kartini, di
Jepara, Indonesia.
Dalam
kenyataannya di sini semalam, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam
yakin Indonesia seperti negara ASEAN lain berpotensi muncul sebagai negara yang
kukuh ekonominya pada masa akan datang seperti Jepun, Korea Selatan, China dan
India.
Menurutnya,
ketika ini situasi ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah tidak begitu kukuh,
jus-teru negara-negara di Asia Tenggara harus bergabung sebagai kuasa ekonomi
baharu.
Menteri
Pembangunan Industri Sarawak itu mengetuai delegasi 49 individu ke Jepara dan
Jakarta terdiri daripada menteri-menteri muda, beberapa Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN), vendor-vendor Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA),
usahawan-usahawan dan ketua-ketua pelbagai jabatan dari 3 hingga 7 Disember.
Menteri-menteri
muda terdiri daripada Datuk Peter Nansian Ngusie (Pembangunan Estet
Perindustrian), Datuk Naroden Majais (Pembangunan Usahawan Bumiputera dan
Perancangan Sumber), Datu Len Talif Salleh (Promosi Pendidikan Teknikal) dan
Julaihi Narawi (Pelaburan dan Promosi).
Lawatan
itu bertujuan mendedahkan delegasi kepada perkembangan terkini pembangunan
industri perabot terutamanya pe-rabot berukiran dan mengukuhkan rangkaian
perdagangan antara delegasi, pengilang dan pengeluar perabot di Jepara.
Pada
masa sama ia mewujudkan kerjasama dalam perkhidmatan latihan serta teknikal
antara PUSAKA dengan pusat latihan Jepara.
Menyentuh
mengenai industri perabot di Sarawak, Awang Tengah berkata walaupun industri
itu wujud dalam skala besar ketika ini, beliau yakin ia boleh berkembang
positif ke peringkat lebih tinggi dengan pembabitan lebih ramai pakar.
Beliau
memberitahu, Sarawak setakat ini mengimport perabot bernilai RM8 juta dari
Indonesia dan jumlah itu boleh meningkat jika wujud hubungan perdagangan lebih baik
antara kedua-dua negara.
Industri
kayu Sarawak, ujarnya, masih menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan
projek penanaman semula hutan akan meningkat kepada satu juta hektar menjelang
tahun 2020 sekali gus menggambarkan potensi cerah industri perabot di negeri
ini.-Borneo Post
No comments:
Post a Comment