Sidak Yang Ikut Blog Tok

Thursday 29 November 2012

Selamat!! PDRM Sarawak Setaraf Singapura




Tauk Sik Kitak????

KUCHING 28 Nov. - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan negeri ini adalah setanding dengan Singapura apabila nisbah jenayah adalah lima kes bagi 1,000 penduduk atau (5:1,000).
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kegiatan jenayah di negeri ini menurun kepada 8,526 kes tahun ini berbanding 9,266 kes bagi tahun sebelumnya.
Katanya, penurunan sebanyak 740 kes atau lapan peratus itu turut membuktikan kadar jenayah di negeri ini antara yang terendah di seluruh negara.
"Begitu juga dengan kegiatan penyalahgunaan dadah iaitu statistik di daerah Limbang menunjukkan sebanyak 74 kes dengan 76 tangkapan telah dibuat dari tempoh Januari hingga Oktober ini.
"Bagi daerah Lawas pula, kegiatan jenayah dadah menurun sejak tiga tahun lalu iaitu 83 kes dibuka dengan 94 tangkapan pada 2010, 70 kes dengan 74 tangkapan (2011) dan sehingga bulan lalu sebanyak 59 kes dibuka dengan 60 tangkapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di peringkat kementerian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu, Alfred Jabu berkata, dalam kes kegiatan perjudian internet haram pula, pihak polis telah membuat 282 serbuan dengan jumlah tangkapan seramai 507 orang sehingga akhir bulan lalu.
Menurutnya, daerah Sibu mengatasi daerah lain apabila 68 serbuan telah dibuat dan berjaya menangkap seramai 140 orang dengan rampasan komputer sebanyak 280 unit.
Kata beliau, daerah Kuching pula merupakan bahagian ketiga tertinggi namun keadaannya masih terkawal iaitu sebanyak sembilan serbuan dengan jumlah tangkapan 20 orang dan rampasan komputer sebanyak 110 unit.-Utusan



No comments:

Post a Comment