Sidak Yang Ikut Blog Tok

Friday 30 November 2012

Pusat Jalut Lebar Akan Di Wujudkan Lebih Banyak-Dato Sri Michael Manyin Jawong




Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Kerajaan mer­ancang untuk mewujudkan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti di negeri ini bagi memenuhi keperluan penggu­naan Internet rakyat terutama di kawasan di luar bandar.Menteri Pembangunan In­frastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, usaha itu penting untuk memastikan penduduk luar bandar mampu melayari Internet seperti di bandar.
Menurutnya, setakat ini terdapat 34 pusat jalur lebar komuniti melibatkan 24 ka­wasan Parlimen di seluruh negeri.
“Kita akan terus mewujud­kan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti termasuk di kawasan yang mempunyai sambungan elektrik secara grid.
“Usaha ini penting untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang maklu­mat pasaran, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perubatan sekali gus dapat mengubah corak kehidupan penduduk di kawasan terpen­cil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ekspo ICT Sarawak 2012 dan Pelancaran TM UniFi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Sarawak Abdul Rahim Mohd Ali dan Pengerusi Penganjur Ekspo ICT Sarawak 2012 Jong Fui Ming.
Manyin berkata, pertam­bahan pusat jalur lebar komu­niti secara tidak langsung dapat meningkat kadar pen­embusan jalur lebar.
“Pada masa ini, Sarawak berada pada kedudukan tiga terendah di Malaysia dari segi kadar penembusan jalur lebar dengan hanya 47.5 peratus negeri ini diliputi perkhidma­tan jalur lebar,” ujarnya.
Mengulas mengenai In­ternet berkelajuan tinggi UniFi, Manyin berkata, kadar penembusan jalur lebar di negeri ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang dengan pengenalan perkhidmatan tersebut.
“Sarawak akan memasuki era baharu komunikasi dan pada masa perkhidmatan ini akan meningkatkan kadar penembusan Internet di neg­eri ini,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perniagaan Kom­puter Kuching Chong Choon Chiang menjelaskan, ekspo yang berlangsung dari 30 No­vember hingga 2 Disember itu disertai 107 pempamer.
“Kebanyakan pempamer menawarkan perkhidmatan terbaik dan pada masa sama, memperkenalkan produk terbaharu syarikat masing-masing,” kata Chong.
Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah menarik menanti pen­gunjung ekspo tersebut.
“Orang ramai di sekitar bandar raya ini dipelawa untuk menerokai ekspo ini yang menyediakan pelbagai tawaran menarik,” tambah­nya.-Borneo Post


No comments:

Post a Comment