Sidak Yang Ikut Blog Tok

Tuesday 4 December 2012

Kuching Belanja RM10j Untuk PBR 2011

Tauk Sik Kitak???
 Demi rakyat  Kerajaan akan membelanja sebanyak Rm10juta dalam PBR

KUCHING: Pejabat Daerah Kuching membelanjakan hampir RM10 juta di bawah Program Bantuan Perumahan (PBR) untuk membina rumah baharu serta membaik pulih rumah sedia ada bagi memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan miskin dan miskin tegar.Pegawai Daerah Kuching Mahri Sarpawi berkata, sebanyak 184 rumah baharu telah dibina manakala 56 dibaik pulih pada tahun ini melalui program PBR bagi mereka yang layak dan berdaftar dalam sistem e-Kasih.“Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi pembinaan sesebuah rumah baharu manakala RM12,000 untuk membaik pulih sese-buah rumah sedia ada,” ujarnya.Beliau turut menjelaskan walaupun pejabatnya menerima pendaftaran bagi sistem e-Kasih namun tidak semua peruntukan diagih menerusi-nya.“Setakat ini pejabat kami hanya menguruskan program PBR sementara bantuan-bantuan lain untuk penduduk miskin dan miskin tegar hanya disalurkan menerusi agensi-agensi berkaitan lain.“Tugas kami hanyalah membantu pihak kerajaan mengenal pasti serta menyediakan nama-nama penduduk isi rumah yang layak dan berdaftar dalam sistem e-Kasih, namun jenis-jenis bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi tersebut adalah di luar bidang kuasa kami,” jelasnya setelah mendapati masih ramai yang merungut tidak mendapat bantuan walaupun sudah berdaftar dalam sistem e-Kasih.Sementara itu dalam ucapannya pada Majlis Pemadanan Bantuan 1AZAM Daerah Kuching semalam Mahri menjelaskan program tersebut dianjurkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin dan miskin tegar serta menambah pendapatan mereka sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu dari RM700 sehingga RM2000 sebulan.Majlis pemadanan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuching dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Pertanian, FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak (SEDC), GIATMARA, Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).Turut hadir pada majlis di Dewan Undangan Negeri Lama ialah Temenggung Helmi Mohd Gol dan Pemanca Rashidi Junai. 



No comments:

Post a Comment