Tauk Sik Kitak???
Semalam sebuah kelab telah ditubuhkan atas kerjasama
Gitamara dan rakan strategic iaitu Kelab Teknologi Bumiputra (KTB) bagi menjadi
platform menarik minat belia dalam menceburi bidang teknikal dan vokasional
dengan lebih terperinci.
KUCHING 3 Dis. - Kelab Teknologi Bumiputera (KTB) yang
ditubuhkan oleh GiatMara bersama rakan strategik, Utusan Malaysia mampu menjadi
platform bagi menarik minat golongan remaja di negeri ini untuk menceburi
bidang kemahiran teknikal dan vokasional dengan lebih mendalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Sharifah
Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, bidang teknikal atau vokasional diakui
menjanjikan masa depan yang cerah kepada sesiapa sahaja yang menceburinya
secara serius.
Bagaimanapun kata beliau, bidang tersebut tidak popular
seperti bidang lain menyebabkan tidak ramai golongan muda berminat
menjadikannya sebagai kerjaya tetap.
"Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE)
dijangka memerlukan ramai tenaga kerja yang mempunyai latar belakang dalam
bidang teknikal atau vokasional._Utusan
No comments:
Post a Comment