Sidak Yang Ikut Blog Tok

Friday 30 November 2012

Tektik Pembanga Penuh dengan Fitnah!!


Tauk Sik Kitak???

Taktik Pembangkang.. sentiasa menggunakan tektik kotor.. tapi masyarakat serian tidak gentar walaupun di tuduh menyokong pihak pembangkang..

SERIAN: Sekumpulan ketua masyarakat di sini marah apabila satu kenyataan semasa ceramah politik diadakan Sabtu lepas mendakwa bahawa masyarakat Bidayuh di Serian telah beralih sokongan kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menyuarakan kemarahan mereka pada satu mesyuarat di Pejabat Sekretariat Khidmat Ahli Parlimen Serian di sini semalam, mereka mengecam DAP kerana mendakwa isu berkenaan serta memperbesarkan jumlah masyarakat yang menghadiri ceramah mereka.
Tidak seperti yang didakwa, Kaunselor Majlis Daerah Serian (SDC) Malo Muol berkata, masyarakat Bidayuh masih teguh di belakang Barisan Nasional (BN) dan mereka akan terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
“Mereka mendakwa bahawa Bidayuh kini menyokong DAP. Sebenarnya, ia tidak benar.
“Mereka juga mendakwa terdapat lebih 2,000 rakyat menghadiri ceramah itu dan sekali lagi ini adalah tidak benar kerana pegawai-pegawai JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) mendapati jumlah kehadiran kira-kira 1,000,” katanya.
Malo yang juga Ketua Cawangan Kecil SUPP Bantang mengulas bahawa ramai di kalangan mereka yang datang ceramah itu bukan dari Serian sendiri.
“Ramai yang datang dari Tapah, Beratok dan Batu 29, iaitu bukan di bawah konstituensi Serian. Terdapat juga mereka dari Gedong, Simunjan dan Sri Aman.
“Mereka yang hadir ini bukan kerana mereka mahu berjumpa dengan pemimpin DAP tetapi kerana mereka mahu mendengar (ceramah) Baru Bian dari PKR,” katanya.
Ceramah yang diadakan di ruang letak kereta menyaksikan ucapan disampaikan speaker utama iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak, Setiausaha DAP Negeri Chong Chieng Jen, Pengerusi DAP Serian Edward Andrew Luwak dan Pengerusi DAP Sri Aman Leon Jimat Donald.
Sementara itu, seorang lagi kaunselor SDC Jimmy Lamgod berkata DAP hanya bermimpi di siang hari untuk mencapai kemenangan di Serian.
“Kami tidak menerima DAP dan semua ceramah DAP mampu tersebar di Serian hanyalah mimpi di siang hari kepada mereka,” katanya.
Kawasan Parlimen Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP juga Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot selama lima penggal sejak beliau menang atas tiket Bebas pada tahun 1990.
Malo dan Jimmy berkata, Riot telah berkhidmat dengan baik di konstituensi itu dan beliau berpotensi menjadi menteri penuh dalam kabinet persekutuan.
Sementara itu, pemimpin akar umbi komponen parti BN lain berikrar bagi memastikan BN berjaya mempertahankan Serian.
Salah seorang daripada mereka ahli jawatankuasa PRS Tebedu Daniel Suhong Ajoi berkata Serian terutamanya luar bandar masih memerlukan BN untuk meneruskan pembangunan.-Borneo post


Pusat Jalut Lebar Akan Di Wujudkan Lebih Banyak-Dato Sri Michael Manyin Jawong




Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Kerajaan mer­ancang untuk mewujudkan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti di negeri ini bagi memenuhi keperluan penggu­naan Internet rakyat terutama di kawasan di luar bandar.Menteri Pembangunan In­frastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, usaha itu penting untuk memastikan penduduk luar bandar mampu melayari Internet seperti di bandar.
Menurutnya, setakat ini terdapat 34 pusat jalur lebar komuniti melibatkan 24 ka­wasan Parlimen di seluruh negeri.
“Kita akan terus mewujud­kan lebih banyak pusat jalur lebar komuniti termasuk di kawasan yang mempunyai sambungan elektrik secara grid.
“Usaha ini penting untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang maklu­mat pasaran, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perubatan sekali gus dapat mengubah corak kehidupan penduduk di kawasan terpen­cil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ekspo ICT Sarawak 2012 dan Pelancaran TM UniFi Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
Hadir sama Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Sarawak Abdul Rahim Mohd Ali dan Pengerusi Penganjur Ekspo ICT Sarawak 2012 Jong Fui Ming.
Manyin berkata, pertam­bahan pusat jalur lebar komu­niti secara tidak langsung dapat meningkat kadar pen­embusan jalur lebar.
“Pada masa ini, Sarawak berada pada kedudukan tiga terendah di Malaysia dari segi kadar penembusan jalur lebar dengan hanya 47.5 peratus negeri ini diliputi perkhidma­tan jalur lebar,” ujarnya.
Mengulas mengenai In­ternet berkelajuan tinggi UniFi, Manyin berkata, kadar penembusan jalur lebar di negeri ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang dengan pengenalan perkhidmatan tersebut.
“Sarawak akan memasuki era baharu komunikasi dan pada masa perkhidmatan ini akan meningkatkan kadar penembusan Internet di neg­eri ini,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Perniagaan Kom­puter Kuching Chong Choon Chiang menjelaskan, ekspo yang berlangsung dari 30 No­vember hingga 2 Disember itu disertai 107 pempamer.
“Kebanyakan pempamer menawarkan perkhidmatan terbaik dan pada masa sama, memperkenalkan produk terbaharu syarikat masing-masing,” kata Chong.
Selain itu, katanya, pelbagai aktiviti yang menawarkan hadiah menarik menanti pen­gunjung ekspo tersebut.
“Orang ramai di sekitar bandar raya ini dipelawa untuk menerokai ekspo ini yang menyediakan pelbagai tawaran menarik,” tambah­nya.-Borneo Post


Thursday 29 November 2012

Uji Kaji Pilihan Raya Tipu Daya Pembangkang




Tauk Sik Kitak????


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menyediakan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi ujian getir Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan peti undi sebagai medan uji kaji.
Menurut beliau, tindakan menukar kerajaan hanya sekadar untuk uji kaji tanpa melalui penilaian yang betul, teliti dan kritikal sebenarnya amat berbahaya.
Presiden UMNO itu yang juga Perdana Menteri berkata, perbuatan itu sama seperti "mengamanahkan tikus untuk membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."
"Kita sering mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara.
"Namun, ini satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara dan keluarga kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," kata Najib ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional' pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.
Beliau memberitahu, perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU-13 kerana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, jika Dewan Rakyat tidak dibubar oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, ia akan bubar dengan sendirinya pada waktu tempoh mandat kerajaan sedia ada tamat pada 28 April 2013.
Najib menegaskan, rakyat berhak mengetahui tipu muslihat pembangkang sebelum membuang undi.
Katanya, lima tahun adalah satu tempoh yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku.
Beliau menegaskan, UMNO tidak akan membiarkan Malaysia hancur disebabkan janji-janji bohong pembangkang.
"Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita kehilangan darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula, tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang, akhirnya terbangsat dan merempat di tanah sendiri," katanya.
Najib kemudian dengan rendah diri berkata, tidak wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan dan untuk itu, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, UMNO menyusun memohon maaf atas kekhilafan.
"Saya selaku Presiden UMNO bersama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam," kata beliau dengan disambut laungan semangat para perwakilan yang bangun dari tempat duduk.
Sejurus keluar dari Dewan Merdeka, Najib terus memperkenalkan buku hasil karyanya yang memperincikan kewajaran program transformasi kerajaan.
Buku setebal 249 muka surat itu yang bertajuk Transformasi Politik: Mendaulatkan Hak Asasi serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB).
Ia dijual pada harga RM32 di Semenanjung dan RM37 di Sabah dan Sarawak.
Source- Kosmo Online


Pameran Kerjaya Terbesar Di BCCK,Kuching


KUCHING: Kira-kira 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2012 yang akan berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Disember depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pameran kerjaya terbesar pertama seumpamanya itu melibatkan 350 agensi yang terdiri daripada 130 institusi latihan kemahiran dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia, 100 syarikat dan 20 agensi penyedia bantuan kewangan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh berkata, SCaT Fair merupakan susulan daripada pelancaran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS), Februari lepas.
Bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 10 Disember ini, SCaT Fair merupakan platform terbaik untuk para pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa mengetahui peluang-peluang pendidikan, pekerjaan dan bantuan kewangan yang ditawarkan.
“Sejak pelancaran Februari lepas, TEGAS telah memberi khidmat kepada kira-kira 52,000 pelajar dari segi peluang-peluang pendidikan, bantuan kewangan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan.
“Justeru semua belia dijemput untuk datang ke BCCK pada 10-11 Disember ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang akan mereka dapati.
“Selain mencari pekerjaan, mereka juga dapat merancang untuk meningkatkan kapasiti diri masing-masing dengan cara mendaftar dengan institusi kemahiran supaya mereka dapat menyumbang sebagai pekerja mahir dalam pembangunan SCORE,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai SCaT Fair 2012 di Tingkat 3, Bangunan Wisma Sumber Alam di sini semalam.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Bendahari TEGAS Snowdan Lawan, Ahli Lembaga TEGAS Johnichal Rayong dan wakil NGO Datuk Patrick Liew.
Mengulas lebih lanjut mengenai SCaT Fair, ia dianjurkan oleh Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama TEGAS, Angkatan Zaman Mansang (AZAM), Jabatan Pelajaran Sarawak dan Gerakan Pemuda.
Bertemakan ‘Enhancing Employability,’ SCaT Fair dirancang dengan meliputi pameran dan ceramah yang menjurus kepada SCORE dan peluang-peluang pekerjaan.
Antara acara sampingan, Seminar Rakan TEGAS yang terdiri daripada 183 kaunselor dari Sekolah Menengah di seluruh Sarawak, seminar dan aktiviti belia oleh AZAM dan seminar ekopelancongan oleh Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera.
Dalam pada itu, Gerakan Pemuda akan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial dan keusahawanan seperti bengkel fotografi, kraft tangan jualan hasil belia, membuat kek dan persembahan muaythai.
Bagi memudahkan pengunjung, turut akan disediakan pengangkutan percuma dari The Spring, hentian bas Jalan Kulas, hentian bas Riverside dan Emart, Matang ke BCCK setiap satu jam.
SCaT Fair dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi hingga 5 petan-Borneo Post


Selamat!! PDRM Sarawak Setaraf Singapura




Tauk Sik Kitak????

KUCHING 28 Nov. - Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan negeri ini adalah setanding dengan Singapura apabila nisbah jenayah adalah lima kes bagi 1,000 penduduk atau (5:1,000).
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, kegiatan jenayah di negeri ini menurun kepada 8,526 kes tahun ini berbanding 9,266 kes bagi tahun sebelumnya.
Katanya, penurunan sebanyak 740 kes atau lapan peratus itu turut membuktikan kadar jenayah di negeri ini antara yang terendah di seluruh negara.
"Begitu juga dengan kegiatan penyalahgunaan dadah iaitu statistik di daerah Limbang menunjukkan sebanyak 74 kes dengan 76 tangkapan telah dibuat dari tempoh Januari hingga Oktober ini.
"Bagi daerah Lawas pula, kegiatan jenayah dadah menurun sejak tiga tahun lalu iaitu 83 kes dibuka dengan 94 tangkapan pada 2010, 70 kes dengan 74 tangkapan (2011) dan sehingga bulan lalu sebanyak 59 kes dibuka dengan 60 tangkapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di peringkat kementerian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu, Alfred Jabu berkata, dalam kes kegiatan perjudian internet haram pula, pihak polis telah membuat 282 serbuan dengan jumlah tangkapan seramai 507 orang sehingga akhir bulan lalu.
Menurutnya, daerah Sibu mengatasi daerah lain apabila 68 serbuan telah dibuat dan berjaya menangkap seramai 140 orang dengan rampasan komputer sebanyak 280 unit.
Kata beliau, daerah Kuching pula merupakan bahagian ketiga tertinggi namun keadaannya masih terkawal iaitu sebanyak sembilan serbuan dengan jumlah tangkapan 20 orang dan rampasan komputer sebanyak 110 unit.-Utusan



Kawasan Batang Lupar Dan Bario Di Beri RM78j Untuk Memajukan Petani



Tauk Sik Kitak???


KUCHING 28 Nov. - Kawasan penanaman padi di Batang Lupar, Sri Aman dan Bario, Miri bakal dibangunkan dengan peruntukan dana sebanyak RM78 juta daripada kerajaan Persekutuan.
Menteri Pemodenan Pertanian negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, dana tersebut merupakan inisiatif bagi mengukuh produktiviti penanaman padi di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).
Katanya, kerajaan negeri juga telah melantik syarikat Beras Corporation Sdn. Bhd. iaitu milik penuh anak syarikat Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) untuk membangunkan dan mengendalikan projek tersebut di bahagian Stumbin-Bijat.
"Kawasan Batang Lupar yang akan dibangunkan adalah dari Entulang-Seduku melibatkan kira-kira 2.817 hektar tanah manakala 23 peratus projek padi di Bario telah siap.
"Bagaimanapun, para petani di Bario masih memerlukan bantuan jentera ladang bagi membolehkan hasil tanaman dapat dituai dengan lebih efektif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di peringkat kementerian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu, Alfred Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukan sebanyak RM13.8 juta untuk membangunkan sektor pertanian negeri.
Menurutnya, jumlah tersebut melibatkan sebanyak RM7.85 juta bagi tanaman makanan dan akuakultur manakala RM5.95 juta untuk pembangunan ternakan.
Selain itu katanya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38.3 juta untuk program pembangunan dan kemudahan pertanian serta perikanan.-Utusan

Fitnah Pembangkang TTak Jejaskan Proses Empangan Hidroelektrik

Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Sarawak tetap akan meneruskan pembi-naan empangan hidroelektrik walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang mendakwa jumlah tenaga di negeri ini sudah memadai.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, projek-projek tersebut tidak perlu dihentikan serta-merta hanya kerana ada pihak yang menyuarakan bantahan terhadapnya.
“Tindakan mendengar kata-kata orang luar yang mempunyai agenda tersen-diri dan menentang pembinaan empangan-empangan adalah satu pemikiran yang cetek,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir persidangan DUN di sini, semalam.
Taib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, beliau turut mendapati pelbagai tindakan negatif telah dibuat oleh sesetengah pihak, semata-mata untuk meraih per-hatian global.
Walaupun rakyat bebas menyuarakan hasrat dalam sebuah negara demokrasi, katanya, beliau tidak mahu melihat kempen sistematik yang sengaja menjatuhkan individu dan kerajaan dengan pem-bohongan.
Menurut beliau lagi, projek empangan hidroelektrik penting kerana Sarawak ti-dak lagi dapat bergantung kepada eksport minyak sawit dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk ne-geri yang dijangka meningkat kepada empat juta orang menjelang 2030.
Taib menjelaskan, tenaga alternatif seperti kincir angin akan menelan kos lebih tinggi daripada tenaga hidro, khususnya apabila dibina untuk membangunkan industri- industri di Sarawak.
Tambahan pula, katanya, tidak banyak tempat di Sarawak yang mempunyai tiupan angin berterusan untuk memastikan ia mencukupi dalam menghasilkan tenaga elektrik.
Manakala, tenaga solar yang pernah dipasang di kawasan luar bandar sebelum ini katanya, banyak yang tidak dapat berfungsi dalam kapasiti penuh.
“Hal ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di Sarawak sepanjang tahun,” jelasnya.
Projek pembinaan empangan hidro elektrik mendapat tentangan pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antara lain mendakwa ia satu pembaziran.
“Saya tidak pasti apa yang DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahukan sebenarnya.
“Ini kerana mereka seharusnya menyokong usaha pembangunan demi masa depan generasi seterusnya,” katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas selesai persidangan DUN semalam, Ketua Menteri berkata, Sarawak kini giat melakukan penambahbaikan terhadap semua empangan hidro elektrik sedia ada di negeri ini.
Beliau berkata, empangan hidro elektrik sedia ada sudah beroperasi sejak 30 tahun lalu menyebabkan kebanyakan enjin jana kuasa dan bahagian-bahagian tertentu perlu ditukar dengan yang baharu.
“Umum harus faham ketika Sarawak mula menjana tenaga elektrik kira-kira 30 tahun lalu, hanya 1,000 Megawatt (MW) tenaga dihasilkan dengan menggunakan penjana kuasa kurang berkualiti.
“Jadi pasti wujud masalah, kelemahan serta jurang yang mesti ditangani,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai beberapa kejadian terputus bekalan elektrik di bandar raya ini baru-baru ini.
Taib menambah, masalah terputus bekalan elektrik di negeri boleh diatasi sepenuhnya pada masa akan datang, namun kerja-kerja penambahbaikan harus dilakukan dari masa ke semasa.
“Anda harus faham apabila kita melakukan penambahbaikan pada masa sama kita perlu menaik taraf hidro-hidro sedia ada,” ujarnya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberi pampasan seperti dituntut segelintir pihak, Taib dengan ringkas berkata: “(Anda) beritahu saya negara mana yang berbuat demikian.”
Pada 11 November lalu, hampir keseluruhan tempat di Bahagian Kuching dan Barat Sarawak terputus bekalan elektrik secara berperingkat-peringkat bermula jam 7 malam.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Sarawak Energy Berhad (SEB) masalah itu berlaku disebabkan kejadian litar pintas yang berlaku pada saluran kuasa transmisi Engkilili-Mambong.
Masalah di saluran transmisi Engkilili-Mambong berjaya dipulihkan oleh pasukan jurutera dan teknikal SEB pada jam 9.33 pagi hari berikutannya dan tenaga elektrik kembali disalurkan sepenuhnya 22 minit kemudian.

Projek Pembangunan Luar Bandar Bernilai RM1.25 bilion

Tauk Sik Kitak????

KUCHING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah meluluskan peruntukan bernilai RM1.25 bilion untuk tahun hadapan bagi kesinambungan pelaksanaan projek pembangunan luar bandar di negeri ini.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, ia termasuk Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Projek Luar Bandar di Sarawak.
“Kerajaan mempunyai komitmen tinggi dan menyeluruh dalam meningkatkan taraf dan kualiti hidup penduduk di luar bandar di negeri ini.
“Ini terbukti dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) yang akan bermula dari tahun 2013 hingga 2015,” katanya ketika menggulung ucapan bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar di DUN, semalam.
Menurut Timbalan Ketua Menteri, di bawah program penyediaan Infrastruktur Asas Luar Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA-RBI), sejak tahun 2010 hingga Oktober 2012 sepanjang 736.06 kilometer jalan luar bandar telah dibina atau dinaik taraf di Sarawak.
Ia, katanya, telah memberi manfaat kepada 312,773 penduduk dan sejumlah 16,010 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah dibina atau dibaik pulih.
“Ini telah memberi manfaat kepada 80,050 orang penduduk.
“Dari segi perbelanjaan pula, sejak dari tahun 2010 hingga Jun 2012, sejumlah RM1.83 bilion telah diperuntukkan kepada negeri bagi melaksanakan Projek Jalan Luar Bandar dan sejumlah RM1.43 bilion telah dibelanjakan,” jelasnya.
Beliau memberitahu, RM 414.88 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan PBR di negeri ini dan sejumlah RM375.12 juta telah dibelanjakan dalam tempoh sama.
Katanya bagi tahun 2012, setakat 30 September 2012, sejumlah 302.06 kilometer jalan luar bandar telah dibina atau dinaik taraf berbanding sasaran 183.30 kilometer.
“Manakala sejumlah 3,415 buah rumah juga telah dibina atau dinaik taraf di bawah PBR dalam tempoh yang sama berbanding 2,801 buah rumah yang disasarkan,” kata Jabu.
Beliau berkata, di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dari tahun 2010 hingga 2012, kerajaan melalui KKLW telah memperuntukkan sejumlah RM5.22 bilion kepada negeri ini bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas luar bandar merangkumi BALB, BELB, Projek Jalan Luar Bandar dan PBR.
“Projek-projek ini telah memberi manfaat kepada 840,163 penduduk luar bandar di negeri ini sepanjang tempoh tersebut,” katanya.- Borneo Post

Wednesday 28 November 2012

Kempen Yang Menfitnah Pemimpin dan Kerajaan Merosakan Ekonomi Negeri-YAB Pehin Sri Taib Mahmud

Tauk SIkKitak???
KUCHING, Nov 28 — Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said today systematic campaigns to discredit individuals and even a legitimate government were tantamount to economic sabotage which warranted a serious response from the state government.  
Taib (picture), who is also Sarawak Finance Minister cum Resource Planning and Environment Minister, said he did not condone such systematic campaigns which tried to prevent a small developing economy from growing even though in a democracy the people were free to assert their wishes.
“Increasingly, we notice that negative actions are being organised in Sarawak to gain global attention and a handful of local organisers seem to lead this opposition to get funding from foreigners,” he said when winding up debate in the state assembly meeting, at Petra Jaya, here. 
“They discredit the government in a web of lies and half-truths wrapped around ignorance and twisted logic,” he said, adding that it was the position of the Barisan Nasional (BN) that the economic strategy was sustainable growth as opposed to economic stagnation.
As such, he said, it would be short-sighted to oppose the construction of dams in Sarawak and to listen to outsiders whose real intention towards the state’s continued development was suspect at best. 
Taib said that having developed the state’s economy with oil and gas, timber and palm oil, the current development strategy was to develop Sarawak’s resources and promote energy-intensive industries in order to build a niche as part of the global supply chain.
It was also a rare opportunity for the government to create good-paying jobs in Sarawak and to stimulate the business and investment environment, he said.
On dam construction to generate hydro power, he said, the state government would carry out its plan to develop hydro-electric power projects to make the Sarawak Corridor of Renewable Energy (Score) a success as such an energy development roadmap was important to provide Sarawak with a certainty in its future economic direction.
He said hydro dams had the advantage as a cheaper source of energy besides serving multiple purposes, including flood control, water irrigation, water supply and ship navigation, as well as the development of tourism.
Even International Rivers, an international non-governmental organisation that had spread its tentacles, acknowledged that opposition to a dam did not mean that it should not be built, he said.
Pointing out that the government was serious in ensuring that the hydro dam projects were done properly, he said it established the Sarawak socio-environmental impact assessment (SEIA) process, which was an adaptation of the key elements of international guidelines to Sarawak’s conditions, including the right of the indigenous people to land and land-based activities. — Bernama

Monday 26 November 2012

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Bakal memperkembangkan taraf pendidikan Teknikal dan Vokasional di kalangan anak sarawak



Tauk Sik Kitak??
KUCHING: Sarawak akan membelanjakan RM10 juta setiap tahun bermula tahun depan dalam usaha menyesuaikan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di negeri ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia bagi me-nyediakan keperluan tenaga kerja teknikal yang lebih bersesuaian de-ngan kehendak Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Bermula dari tahun depan, kita akan membelanjakan RM10 juta setiap tahun untuk menyesuaikan perkembangan pendidikan teknikal di negeri ini.
“Saya berharap rancangan ini  dapat disusun dan diatur oleh pihak U-SCORE untuk mencapai skala  latihan kemahiran dan tenaga kerja teknikal,” katanya.
Beliau berucap demikian sem-pena melancarkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS) yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Tek-nikal) merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
U-Score merupakan sebuah konsortium institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan negeri bersama Universiti Malaysia Sara-wak (UNIMAS) bagi mengenal pasti dan merancang pelbagai kursus dan latihan teknikal yang diperlukan bagi industri SCORE.
Taib berkata, Sarawak dalam usa-ha itu menyasarkan untuk melahirkan kira-kira suku juta tenaga kerja di peringkat sijil dalam masa 20 tahun akan datang.
“Kita juga akan berusaha dengan menyasarkan dalam masa 20 tahun akan datang untuk melahirkan 50,000 tenaga kerja di peringkat ijazah sarjana dan 50,000 di peringkat diploma untuk SCORE.
“Saya tahu ia usaha yang sangat sukar untuk dicapai tetapi saya percaya dengan kerjasama universiti tempatan atau luar negara kita dapat meningkatkan pengeluaran pekerja untuk SCORE dalam bidang tek-nikal,” ujarnya.
Sarawak kata beliau, memiliki potensi yang cukup baik kerana mempunyai kelebihan dari segi penawaran tenaga elektrik lebih jimat, yang pasti menarik lebih ramai pelabur dan industri di SCORE.
Dengan itu, ia pasti menawarkan gaji dan upah yang lumayan kepada pekerja-pekerja tempatan khasnya dalam bidang teknikal.
“Maka itu dari sekarang kita perlu memperlengkapkan generasi muda kita dengan kemahiran yang sesuai diperlukan di SCORE kerana ia mampu menawarkan gaji luma-yan.
“Sebenarnya dengan gaji yang tinggi kepada anak tempatan ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan mereka, malah turut me-    nyumbang kepada negeri dan negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi,” tegas Taib.
Berhubung pelancaran TEGAS, beliau memberitahu ia satu langkah terbaik Sarawak dalam usaha membangunkan pendidikan teknikal di negeri ini kerana tidak mengkhusus kepada pemberian biasiswa.
TEGAS bertujuan mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional di kalangan belia Bumiputera khasnya mereka yang berada di luar bandar supaya lebih banyak tenaga mahir dan separuh mahir akan dilahirkan di kalangan Bumiputera sejajar dengan keperluan SCORE.
Dalam majlis yang dihadiri isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib itu, Taib turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada TEGAS untuk mengendalikan kempen promosi pendidikan teknikal di Sarawak.

Pelaburan 16 syarikat diluluskan, dijangka jana lebih 15,000 peluang pekerjaan


Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Sebanyak 16 syarikat dengan pelaburan berjumlah RM29.1 bilion telah diluluskan dalam Ko-ridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan dijangka menjana lebih daripada 15,000 peluang pekerjaan pengoperasian.
Daripada jumlah itu, 12 syarikat dengan pelaburan berjumlah RM26.23 bilion adalah terletak di Taman Perindustrian Samalaju ma-nakala empat lagi syarikat terletak di Mukah (satu syarikat bernilai RM0.6 bilion) dan Tanjung Manis (tiga syarikat dengan nilai RM2.27 bilion).
Perkembangan membe-rangsangkan ini dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapan penggulungan bagi Kementerian Pemba-ngunan Perindustrian pada Persidangan DUN di sini semalam.
Jelas Awang Tengah, dua syarikat iaitu Press Metal Bintulu Bhd dan Tokuyama Malaysia Sdn Bhd dijangka menjalankan operasi perkilangan di Taman Perindustrian Samalaju hujung tahun ini dan Jun 2013.
Tiga lagi syarikat, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd dan Asia Advanced Materials Sdn Bhd sedang menjalankan kerja-kerja persediaan tapak.
Di samping itu, tiga syarikat iaitu Press Metal Sdn Bhd di Mukah telah memulakan pengeluaran sementara Sea Party dan Pertanza di Tanjung Manis telah menjalankan projek-projek mereka.
“Maklum balas memberangsangkan diterima daripada pelabur menunjukkan persaingan dan tarikan SCORE secara global.
“Situasi ini memberi jaminan kepada kita bahawa pelan pembangunan SCORE berada pada platform yang tepat dan menyediakan dorongan yang tepat untuk pertumbuhan ekonomi negeri.
“Perkembangan positif ini juga dilihat menyokong objektif pembangunan negeri ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya yang juga Menteri Pe-rancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua.
Mengulas lebih lanjut       mengenai perkembangan SCORE, Awang Tengah berkata projek-projek pemacu seperti aluminium, logam keluli, polisilikon dan industri-industri lain berasaskan logam dalam SCORE dijangka menghasilkan pelbagai pelaburan dan peluang perniagaan untuk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Menerusi penyertaan IKS tempatan dalam aktiviti ini, pertumbuhan ekonomi negeri akan lebih luas sekali gus memberi manfaat kepada komuniti perniagaan tempatan termasuk memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Taib lancar Tabung Sayang Gaza Sayang Palestin

 Tauk Sik Kitak ??
KUCHING: Global Club of Malaysia semalam mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Unda-ngan Negeri (DUN).
Rombongan yang diketuai Datuk Idris Buang turut membawa Tabung Sayang Gaza Sayang Pa-lestin dan pada masa sama memberikan selempang kepada Ketua Menteri.
Menurut Idris, kunjungan tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada Ketua Menteri melancarkan tabung tersebut.
“Bermula hari ini kami akan menempatkan tabung ini di DUN sehingga persidangan berakhir,” katanya kepada pemberita semalam.
Pada masa sama kelab tersebut turut mengunjungi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Semasa kunjungan tersebut, rombongan terbabit turut membawa beberapa kanak-kanak untuk meningkatkan kesedaran tentang kesengsaraan melibatkan rakan seusia mereka di Gaza.
Tabung tersebut diperkenalkan untuk membantah tindakan kejam Israel terhadap masyarakat Islam.- Borneo Post

Sunday 25 November 2012

Modal Parti Pembangkang Untuk KecohKan Kerajaan


Tauk Sik Kitak???

Parti pembangkang sanggup buat apa saja untuk menghalang kemajuan rakyat, Ini lah salah satu nya..
kerna mereka tahu sekiranya  sekiranya UMNO BN mampu memberi rakyat kesenangan maka Part pembangkang akan lupus..
KUALA LUMPUR, 25 Nov - Hampir 1,000 orang dari kumpulan Anti Lynas telah mula berkumpul di Monorel Titiwangsa bagi meneruskan desakan dan bantahan agar operasi kilang Lynas tidak diteruskan oleh kerajaan. 
Kumpulan berkenaan yang terdiri dari majoriti hampir 95 peratus masyarakat Cina telah mula berkumpul sejak dari jam 1.30 petang tadi dan diberitakan sedang menunggu kumpulan perarakan hampir 2,000 orang daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak untuk bergabung. 
Sebelum itu, perarakan awal hampir 2,000 orang dengan mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" berlangsung di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar. 
Menurut sumber, difahamkan kumpulan ini akan bergabung sebelum menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat dimana akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO ke 66 pada 27 November ini. KLpos
Hah!!! tengok,..,hampir 2000 orang yang termakan hasutan parti pembangkang.
Tapi anda tahu rahsianya??

Adakah ini yang di katakan 2000 orang??? mereka melibatkan kanak-kanak,.,.ini bukan himpunan lynas tapi HIMPUNAN HARI KELUARGA!!!. Inilah taktik-taktik kotor yang di gunakan oleh Parti Pembangkang .
renung-renungkan lah

Luahan Hati Rakyat Selangor Kepada Rakyat Sarawak

Tauk Sik Kitak???

Tok ada lah  luahan hati sidak rakyat selangor  selepas parti pembangkang mengambil alih kerajaan selangor,..,betapa perit nya kehidupan mereka,.,.

RakyatSelangor bukan sahaja dibebani masalah sampah yang tidak dipungut akibat kroni sampah Pakatan Pembangkang, masalah lain juga berlaku seperti Janji-Janji Pilihan Raya Umum 2008 yang masih TIDAK tertunai khususnya mengenai air percuma dan pembayaran kepada ibu-ibu tunggal, juga isu TALAM Corporations, pertumbuhan rumah-rumah urut, sokongan kepada LGBT, pemberian tender pasir, moral pemimpin PKR Selangor dalam isu khalwat jam 3.00 pagi, pemecatan Dr. Hassan Ali yang memerangi isu murtad di kalangan orang Melayu dan pelbagai macam lagi isu termasuk moral pemimpin Pakatan Pembangkang.

Di Sarawak, pemimpin PKR dan DAP kini mengimport gejala dan perlakuan politik membenci dan memfitnah yang dahulunya tidak pernah berlaku. Ini akibat pengaruh Anwar Ibrahim yang beriya-iya mahu menjadi Perdana Menteri.

Apakah rakyat Sarawak mahu hidup seperti rakyat Selangor yang kini hidup menderita dan sengsara? Bertanyalah kepada diri sendiri dan buatlah keputusan yang bijak supaya generasi akan datang khususnya anak cucu cicit kita tidak akan sengsara seperti mana yang sedang dihadapi rakyat Selangor, rakyat Pulau Pinang dan rakyat Kedah.




PKR AMBIK KESEMPATAN KEATAS BR1M



Tauk Sik Kitak???


Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor  seperti ketandusan idea sehingga mengambil kesempatan daripada kemudahan yang telah kerajaan berikan,.,.


Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Dato' Sohaimi Shahadan mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.


Adakah ini Perwakilan rakyat yang kita ingin kan??? kalau Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) sanggup mengambil kesempatan ke atas kerajaan, tidak mustahil mereka akan mengambil kesempatan ke atas rakyat!!!


Friday 23 November 2012

Kerajaan Kesal Tindakan Sanmina-SCI Memberhentikan 800 Pekerja



TOLONG KAMI: Pekerja-pekerja Sanmina-SCI yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil syarikat mereka.

Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Kementerian Pembangunan Perindustrian kesal dengan tindakan Sanmina-SCI Corporation (Malaysia) Sdn Bhd (Sanmina-SCI) memberhentikan para pekerjanya dengan memberi notis singkat.

Menerusi kenyataan akhbarnya semalam, kementerian tersebut turut kesal kerana kilang berteknologi tinggi di Kawasan Perindustrian Bebas Samajaya di sini tidak mempertimbangkan rayuan kerajaan sekali gus meneruskan pemberhentian pekerja.

“YB Datuk Amar Menteri (Awang Tengah Ali Hasan) simpati dengan para pekerja yang diberhentikan memandangkan kebajikan mereka adalah keutamaan bagi kami dan telah merayu dengan Sanmina-SCI menangguhkan pemberhentian pekerja hingga hujung tahun,” kata kenyataan itu.

Awang Tengah yang menurut kenyataan itu kini sedang berada di Kuala Lumpur kerana menunaikan tugasan rasmi berkata permohonan itu adalah untuk membolehkan kerajaan negeri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencari penyelesaian.

Ia juga adalah untuk memastikan pekerja terbabit mempunyai masa yang mencukupi mencari kerja lain, selain membolehkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) membantu mereka.

Selepas dimaklumkan secara lisan oleh Sanmina-SCI mengenai keputusan penstrukturan semula pada minggu lepas, pada 29 Oktober, satu mesyuarat antara Awang Tengah dan pengurusan tertinggi syarikat terbabit diadakan.

“Susulan mesyuarat itu, MIDA Kuala Lumpur segera berhubung dengan Ibu Pejabat Sanmina-SCI di Amerika Syarikat agar me-reka menangguhkan pemberhentian pekerja sehingga hujung tahun.

“Ini membolehkan kerajaan negeri dan MIDA membantu pekerja terjejas, terutama mereka yang hilang pekerjaan,” kata kenyataan itu.


Awang Tengah mengarahkan JTK Sarawak memastikan proses pemberhentian pekerja itu dilaksanakan dengan mematuhi Ordinan Buruh Sarawak terutama daripada aspek pampasan dan faedah pemberhentian kerja.

Beliau turut mengarahkan agar membantu pekerja diberhentikan mencari kerja dalam bidang yang sama di Sama Jaya, Samalaju atau di tempat lain yang bersesuaian.

“Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan mengadakan mesyuarat dengan Sammina-SCI sekali lagi untuk berbincang mengenai pampasan pemberhentian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut menegaskan agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu pemberhentian pekerja Sanmina.

“Ini merupakan urusan korporat yang dilakukan berdasarkan keputusan perniagaan, tidak ada mana-mana pihak wajar mempolitikkan isu ini.

“Sebaliknya kita perlu memberi tumpuan bagaimana hendak membantu mereka yang terbabit memandangkan kebajikan pekerja adalah keutamaan kami,” ujar kenyataan itu.

- Utusan Borneo

KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI KANOWIT SARAWAK DISAMBUT DENGAN POSTER LIWAT


Tauk Sik Kitak Orang????
Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan singkat ke Sarawak pada Jumaat, 2 November 2012, dengan Parlimen Kanowit menjadi destinasi pertamanya. Berbaju Melayu dan berjalan lagak sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan diiringi pengawal peribadi, Anwar Ibrahim hadir pada pagi Jumaat dengan disambut oleh sebilangan kecil ahli-ahli PKR.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke Parlimen Kanowit itu memberikan gambaran bahawa Parlimen Kanowit akan ditandingi calon PKR. Seperti biasa Anwar Ibrahim memberikan gula-gula manis kepada rakyat Kanowit khususnya ahli-ahli PKR. Persoalan di sini, berapa ramai rakyat Kanowit menerima kehadiran Anwar Ibrahim?
Menjadi kebiasaan bagi penduduk Iban yang tinggal di Rumah Udam Nanga Lipus akan pergi ke kebun yang menjadi mata pencarian dan rezeki mereka. Jika penduduk mahu pergi menyambut Anwar Ibrahim maka banyak masa terbuang dan ini sangat merugikan. Adalah lebih baik mereka turun ke kebun dan menjalankan rutin harian.

Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kanowit hanya disambut sebilangan kecil ahli-ahli PKR Kanowit. Yang menariknya, Anwar Ibrahim telah disambut dengan meriah oleh poster dan banner yang tertulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Iban sambil mengalu-alukan kedatangan peliwat Malaysia.

Selain disambut oleh ahli-ahli PKR, ceramah politik Anwar Ibrahim juga hanya didengari ahli-ahli PKR Kanowit. Manakala, penduduknya kebanyakan mereka pergi ke kebun dan mengusahakan tanaman padi dan makanan.

Disebabkan sambutan yang kurang menggalakkan, Anwar Ibrahim hanya berceramah ringkas dan pendek sebelum beredar kerana terasa amat malu. Lokasi seterusnya yang dilawat Anwar Ibrahim ialah Kabong sebelum berlepas ke Kuching bagi menyempurnakan forum mengenai sebuah buku yang dikupas Anwar Ibrahim dan dua orang ahli panel di Hotel Grand Continental, Kuching pada malamnya. 


Di Perolehi Daripada: http://cetusankenyalang.blogspot.com

2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!


Tauk Sik Kitak????
Kalau sebelum ini segelintir rakyat Selangor ada tuntut apa yang dikatakan hak mereka, supaya baki hutang mereka sekitar RM19 juta dibayar oleh kerajaan Selangor. Butirannya adalah boleh semak pada laporan berita DI SINI. Terbaru, ibu tunggal pula tiba-tiba “bangkit” juga menuntut hak mereka, elaun ibu tunggal. Semua kisah ini berlaku di Selangor….
SHAH ALAM – Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.
Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

Manifesto Kerajaan Selangor : Elaun Ibu Tunggal

Elaun Ibu Tunggal 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!
Ramai juga ibu tunggal di Selangor ya. Adakah mereka ini sudah berdaftar dengan kerajaan negeri Selangor & telah mencuba untuk memohon? Tapi betullah, kalau sudah berjanji nak beri, kenalah beri. Kalau tidak usahlah berjanji. Apatah lagi, Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir.
Andaikata dibawa kes seperti ini di mahkamah dan ibu tunggal ini menang contohnya, kerajaan negeri kena bayar saman (elaun ibu tunggal) tersebut. Berapa tadi? Ha…..RM10.9 juta. Apabila sudah ada kes sebegini, penduduk-penduduk di negeri-negeri lain di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, johor, Melaka, Pahang, Perak, Sabah & Sarawak  bolehlah bersama-sama “turun padang” menuntut hak anda dengan kerajaan negeri masing-masing kalau mereka-mereka ini tidak menunaikan janji seperti yang mereka canang dan taburkan sebelum ini. Tidak lupa tuntut hak anda kepada kerajaan Malaysia….kalau-kalau dirasakan belum tertunai.
Manifesto Barisan Nasional 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!
Adakah janji pilihanraya bersifat “mengikat”. Setahu kami, belum ada mana-mana negera di dunia yang mengatakan begitu. Belum ada lagi. Tetapi tidak tahulah, apa yang akan berlaku di Selangor kelak. Katakanlah golongan ibu tunggal yang tuntut saman (elaun ibu tunggal) ini menang, mahkamah nak taknak kena luluskan disebabkan “case study” bagi kes sebelumnya sudah ada dan boleh digunakan ke tas tuntuttan di negeri-negeri lain juga. Apa pendapat rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umumnya dengan isu ini


Di Peroleh Daripada :http://beritasemasa.com/elaun-ibu-tunggal-selangor-saman