Jambatan yang bakal menjadi napi penghubung kepada 4 buah
rumah panjang di kawasan layar tengah,Betong
|
Tauk Sik Kitak??
Seperti yang kitak orang sedia maklum kerajaan sentiasa
memberi yang terbaik untuk rakyatnya.
Inilah salah satunya usaha kerajaan untuk membantu
kesensaraan rakyat dalam memajukan kawasan tempat tinggal mereka.ini merupakan
satu berita yang menggembirakan penduduk di bahagian layar tenga, Betong apabila kerajaan membina satu jambatan yang
menghubungkan 4 buah rumah panjang.
Inilah yang kita ingin kan dari sesebuah kerajaan..sebuah
kerajaan yang dapat mentranformasikan penduduk dari kawasan pedalaman ke
kawasan Bandar.
BETONG: Jambatan Batang Layar yang sedang giat dibina
merupakan bukti keprihatinan kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur
terbaik kepada rakyat.
Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong
Franklin Bantin berkata, apabila siap kelak, jambatan itu akan menjadi nadi
penghubung kepada empat buah rumah panjang iaitu Rumah Batu Lintang, Rumah
Mupoh Atas, Rumah Mupoh Baroh dan Rumah Kabok.
“Jambatan itu nanti akan merentasi Jalan Nanga Buai,
Merinjau dan Ulu Spak, Betong di mana ia juga akan sekali gus menghubungkan
keempat-empat kawasan rumah panjang terbabit.
“Kita juga yakin dengan kemudahan baharu itu nanti, maka
kira-kira 1,000 penduduk di kawasan Layar Tengah akan dapat bergerak dengan
lebih mudah dan pantas,” jelasnya.
Pada masa sama, katanya, penduduk akan dapat memasarkan
hasil tani mereka dengan lebih mudah.
“Jambatan ini akan melancarkan perjalanan penduduk di
kawasan tersebut untuk ke bandar. Pada masa sama, mereka dapat membawa keluar
hasil hutan dan tanaman mereka dengan lebih cepat, sekali gus menjana
pendapatan mereka.
“Ini sekali gus akan mengurangkan kos pengangkutan
penduduk berulang-alik ke bandar,” jelasnya sambil menambah, jambatan itu
dijangka siap sepenuhnya tahun depan.
Sementara menunggu projek itu selesai, katanya, buat masa
ini kerajaan membina sebuah jambatan sementara untuk kegunaan penduduk.
“Kedudukan jambatan sementara itu yang bersebelahan
dengan tapak jambatan baharu juga merupakan laluan utama penduduk untuk
berulang-alik ke kebun.
“Pada masa sekarang pembinaan sedang giat dijalankan.
Apapun kita berharap agar penduduk di kawasan terbabit bersabar sehingga ia
siap sepenuhnya dan akan menjadi kemudahan utama apabila siap kelak,” ujar
Franklin.-Borneo Post