Sidak Yang Ikut Blog Tok

Monday 26 November 2012

Pelaburan 16 syarikat diluluskan, dijangka jana lebih 15,000 peluang pekerjaan


Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Sebanyak 16 syarikat dengan pelaburan berjumlah RM29.1 bilion telah diluluskan dalam Ko-ridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan dijangka menjana lebih daripada 15,000 peluang pekerjaan pengoperasian.
Daripada jumlah itu, 12 syarikat dengan pelaburan berjumlah RM26.23 bilion adalah terletak di Taman Perindustrian Samalaju ma-nakala empat lagi syarikat terletak di Mukah (satu syarikat bernilai RM0.6 bilion) dan Tanjung Manis (tiga syarikat dengan nilai RM2.27 bilion).
Perkembangan membe-rangsangkan ini dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam ucapan penggulungan bagi Kementerian Pemba-ngunan Perindustrian pada Persidangan DUN di sini semalam.
Jelas Awang Tengah, dua syarikat iaitu Press Metal Bintulu Bhd dan Tokuyama Malaysia Sdn Bhd dijangka menjalankan operasi perkilangan di Taman Perindustrian Samalaju hujung tahun ini dan Jun 2013.
Tiga lagi syarikat, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd dan Asia Advanced Materials Sdn Bhd sedang menjalankan kerja-kerja persediaan tapak.
Di samping itu, tiga syarikat iaitu Press Metal Sdn Bhd di Mukah telah memulakan pengeluaran sementara Sea Party dan Pertanza di Tanjung Manis telah menjalankan projek-projek mereka.
“Maklum balas memberangsangkan diterima daripada pelabur menunjukkan persaingan dan tarikan SCORE secara global.
“Situasi ini memberi jaminan kepada kita bahawa pelan pembangunan SCORE berada pada platform yang tepat dan menyediakan dorongan yang tepat untuk pertumbuhan ekonomi negeri.
“Perkembangan positif ini juga dilihat menyokong objektif pembangunan negeri ke arah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya yang juga Menteri Pe-rancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua.
Mengulas lebih lanjut       mengenai perkembangan SCORE, Awang Tengah berkata projek-projek pemacu seperti aluminium, logam keluli, polisilikon dan industri-industri lain berasaskan logam dalam SCORE dijangka menghasilkan pelbagai pelaburan dan peluang perniagaan untuk industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Menerusi penyertaan IKS tempatan dalam aktiviti ini, pertumbuhan ekonomi negeri akan lebih luas sekali gus memberi manfaat kepada komuniti perniagaan tempatan termasuk memperbaiki kualiti hidup rakyat.

No comments:

Post a Comment