Tauk Sik Kitak Orang????
Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan singkat ke Sarawak pada Jumaat, 2
November 2012, dengan Parlimen Kanowit menjadi destinasi pertamanya. Berbaju Melayu
dan berjalan lagak sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan diiringi pengawal
peribadi, Anwar Ibrahim hadir pada pagi Jumaat dengan disambut oleh sebilangan
kecil ahli-ahli PKR.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke Parlimen Kanowit itu memberikan gambaran bahawa
Parlimen Kanowit akan ditandingi calon PKR. Seperti biasa Anwar Ibrahim
memberikan gula-gula manis kepada rakyat Kanowit khususnya ahli-ahli PKR. Persoalan
di sini, berapa ramai rakyat Kanowit menerima kehadiran Anwar Ibrahim?
Menjadi kebiasaan bagi penduduk Iban yang tinggal di Rumah Udam Nanga Lipus
akan pergi ke kebun yang menjadi mata pencarian dan rezeki mereka. Jika penduduk
mahu pergi menyambut Anwar Ibrahim maka banyak masa terbuang dan ini sangat
merugikan. Adalah lebih baik mereka turun ke kebun dan menjalankan rutin
harian.
Kehadiran Anwar Ibrahim ke Kanowit hanya disambut sebilangan kecil
ahli-ahli PKR Kanowit. Yang menariknya, Anwar Ibrahim telah disambut dengan
meriah oleh poster dan banner yang tertulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Iban sambil mengalu-alukan kedatangan peliwat Malaysia.
Selain disambut oleh ahli-ahli PKR, ceramah politik Anwar Ibrahim juga
hanya didengari ahli-ahli PKR Kanowit. Manakala, penduduknya kebanyakan mereka
pergi ke kebun dan mengusahakan tanaman padi dan makanan.
Di Perolehi Daripada: http://cetusankenyalang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment