TOLONG KAMI: Pekerja-pekerja Sanmina-SCI yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil syarikat mereka.
KUCHING: Kementerian Pembangunan Perindustrian kesal dengan tindakan Sanmina-SCI Corporation (Malaysia) Sdn Bhd (Sanmina-SCI) memberhentikan para pekerjanya dengan memberi notis singkat.
Menerusi
kenyataan akhbarnya semalam, kementerian tersebut turut kesal kerana
kilang berteknologi tinggi di Kawasan Perindustrian Bebas Samajaya di
sini tidak mempertimbangkan rayuan kerajaan sekali gus meneruskan
pemberhentian pekerja.
“YB Datuk Amar
Menteri (Awang Tengah Ali Hasan) simpati dengan para pekerja yang
diberhentikan memandangkan kebajikan mereka adalah keutamaan bagi kami
dan telah merayu dengan Sanmina-SCI menangguhkan pemberhentian pekerja
hingga hujung tahun,” kata kenyataan itu.
Awang Tengah
yang menurut kenyataan itu kini sedang berada di Kuala Lumpur kerana
menunaikan tugasan rasmi berkata permohonan itu adalah untuk membolehkan
kerajaan negeri dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
mencari penyelesaian.
Ia juga adalah
untuk memastikan pekerja terbabit mempunyai masa yang mencukupi mencari
kerja lain, selain membolehkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) membantu
mereka.
Selepas
dimaklumkan secara lisan oleh Sanmina-SCI mengenai keputusan
penstrukturan semula pada minggu lepas, pada 29 Oktober, satu mesyuarat
antara Awang Tengah dan pengurusan tertinggi syarikat terbabit diadakan.
“Susulan
mesyuarat itu, MIDA Kuala Lumpur segera berhubung dengan Ibu Pejabat
Sanmina-SCI di Amerika Syarikat agar me-reka menangguhkan pemberhentian
pekerja sehingga hujung tahun.
“Ini membolehkan kerajaan negeri dan MIDA membantu pekerja terjejas, terutama mereka yang hilang pekerjaan,” kata kenyataan itu.
Awang Tengah
mengarahkan JTK Sarawak memastikan proses pemberhentian pekerja itu
dilaksanakan dengan mematuhi Ordinan Buruh Sarawak terutama daripada
aspek pampasan dan faedah pemberhentian kerja.
Beliau turut
mengarahkan agar membantu pekerja diberhentikan mencari kerja dalam
bidang yang sama di Sama Jaya, Samalaju atau di tempat lain yang
bersesuaian.
“Jabatan Tenaga
Kerja Sarawak akan mengadakan mesyuarat dengan Sammina-SCI sekali lagi
untuk berbincang mengenai pampasan pemberhentian,” kata kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan turut menegaskan agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu pemberhentian pekerja Sanmina.
“Ini merupakan
urusan korporat yang dilakukan berdasarkan keputusan perniagaan, tidak
ada mana-mana pihak wajar mempolitikkan isu ini.
“Sebaliknya
kita perlu memberi tumpuan bagaimana hendak membantu mereka yang
terbabit memandangkan kebajikan pekerja adalah keutamaan kami,” ujar
kenyataan itu.
- Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment