KUCHING: Global Club of Malaysia semalam mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Unda-ngan Negeri (DUN).
Rombongan yang diketuai Datuk Idris Buang turut membawa Tabung Sayang Gaza Sayang Pa-lestin dan pada masa sama memberikan selempang kepada Ketua Menteri.
Menurut Idris, kunjungan tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada Ketua Menteri melancarkan tabung tersebut.
“Bermula hari ini kami akan menempatkan tabung ini di DUN sehingga persidangan berakhir,” katanya kepada pemberita semalam.
Pada masa sama kelab tersebut turut mengunjungi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.
Semasa kunjungan tersebut, rombongan terbabit turut membawa beberapa kanak-kanak untuk meningkatkan kesedaran tentang kesengsaraan melibatkan rakan seusia mereka di Gaza.
Tabung tersebut diperkenalkan untuk membantah tindakan kejam Israel terhadap masyarakat Islam.- Borneo Post
No comments:
Post a Comment