Sidak Yang Ikut Blog Tok

Thursday, 29 November 2012

Kawasan Batang Lupar Dan Bario Di Beri RM78j Untuk Memajukan Petani



Tauk Sik Kitak???


KUCHING 28 Nov. - Kawasan penanaman padi di Batang Lupar, Sri Aman dan Bario, Miri bakal dibangunkan dengan peruntukan dana sebanyak RM78 juta daripada kerajaan Persekutuan.
Menteri Pemodenan Pertanian negeri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, dana tersebut merupakan inisiatif bagi mengukuh produktiviti penanaman padi di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA).
Katanya, kerajaan negeri juga telah melantik syarikat Beras Corporation Sdn. Bhd. iaitu milik penuh anak syarikat Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) untuk membangunkan dan mengendalikan projek tersebut di bahagian Stumbin-Bijat.
"Kawasan Batang Lupar yang akan dibangunkan adalah dari Entulang-Seduku melibatkan kira-kira 2.817 hektar tanah manakala 23 peratus projek padi di Bario telah siap.
"Bagaimanapun, para petani di Bario masih memerlukan bantuan jentera ladang bagi membolehkan hasil tanaman dapat dituai dengan lebih efektif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di peringkat kementerian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.
Sementara itu, Alfred Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukan sebanyak RM13.8 juta untuk membangunkan sektor pertanian negeri.
Menurutnya, jumlah tersebut melibatkan sebanyak RM7.85 juta bagi tanaman makanan dan akuakultur manakala RM5.95 juta untuk pembangunan ternakan.
Selain itu katanya, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM38.3 juta untuk program pembangunan dan kemudahan pertanian serta perikanan.-Utusan

No comments:

Post a Comment