Sidak Yang Ikut Blog Tok

Monday, 26 November 2012

Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Bakal memperkembangkan taraf pendidikan Teknikal dan Vokasional di kalangan anak sarawak



Tauk Sik Kitak??
KUCHING: Sarawak akan membelanjakan RM10 juta setiap tahun bermula tahun depan dalam usaha menyesuaikan perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di negeri ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia bagi me-nyediakan keperluan tenaga kerja teknikal yang lebih bersesuaian de-ngan kehendak Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Bermula dari tahun depan, kita akan membelanjakan RM10 juta setiap tahun untuk menyesuaikan perkembangan pendidikan teknikal di negeri ini.
“Saya berharap rancangan ini  dapat disusun dan diatur oleh pihak U-SCORE untuk mencapai skala  latihan kemahiran dan tenaga kerja teknikal,” katanya.
Beliau berucap demikian sem-pena melancarkan Tabung Ekonomi Gagasan Anak (Bumiputera) Sarawak (TEGAS) yang dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Tek-nikal) merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
U-Score merupakan sebuah konsortium institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan kerajaan negeri bersama Universiti Malaysia Sara-wak (UNIMAS) bagi mengenal pasti dan merancang pelbagai kursus dan latihan teknikal yang diperlukan bagi industri SCORE.
Taib berkata, Sarawak dalam usa-ha itu menyasarkan untuk melahirkan kira-kira suku juta tenaga kerja di peringkat sijil dalam masa 20 tahun akan datang.
“Kita juga akan berusaha dengan menyasarkan dalam masa 20 tahun akan datang untuk melahirkan 50,000 tenaga kerja di peringkat ijazah sarjana dan 50,000 di peringkat diploma untuk SCORE.
“Saya tahu ia usaha yang sangat sukar untuk dicapai tetapi saya percaya dengan kerjasama universiti tempatan atau luar negara kita dapat meningkatkan pengeluaran pekerja untuk SCORE dalam bidang tek-nikal,” ujarnya.
Sarawak kata beliau, memiliki potensi yang cukup baik kerana mempunyai kelebihan dari segi penawaran tenaga elektrik lebih jimat, yang pasti menarik lebih ramai pelabur dan industri di SCORE.
Dengan itu, ia pasti menawarkan gaji dan upah yang lumayan kepada pekerja-pekerja tempatan khasnya dalam bidang teknikal.
“Maka itu dari sekarang kita perlu memperlengkapkan generasi muda kita dengan kemahiran yang sesuai diperlukan di SCORE kerana ia mampu menawarkan gaji luma-yan.
“Sebenarnya dengan gaji yang tinggi kepada anak tempatan ia bukan sahaja mampu menjana pendapatan mereka, malah turut me-    nyumbang kepada negeri dan negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi,” tegas Taib.
Berhubung pelancaran TEGAS, beliau memberitahu ia satu langkah terbaik Sarawak dalam usaha membangunkan pendidikan teknikal di negeri ini kerana tidak mengkhusus kepada pemberian biasiswa.
TEGAS bertujuan mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional di kalangan belia Bumiputera khasnya mereka yang berada di luar bandar supaya lebih banyak tenaga mahir dan separuh mahir akan dilahirkan di kalangan Bumiputera sejajar dengan keperluan SCORE.
Dalam majlis yang dihadiri isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib itu, Taib turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada TEGAS untuk mengendalikan kempen promosi pendidikan teknikal di Sarawak.

No comments:

Post a Comment