Sidak Yang Ikut Blog Tok

Thursday, 29 November 2012

Fitnah Pembangkang TTak Jejaskan Proses Empangan Hidroelektrik

Tauk Sik Kitak???

KUCHING: Sarawak tetap akan meneruskan pembi-naan empangan hidroelektrik walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak yang mendakwa jumlah tenaga di negeri ini sudah memadai.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, projek-projek tersebut tidak perlu dihentikan serta-merta hanya kerana ada pihak yang menyuarakan bantahan terhadapnya.
“Tindakan mendengar kata-kata orang luar yang mempunyai agenda tersen-diri dan menentang pembinaan empangan-empangan adalah satu pemikiran yang cetek,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir persidangan DUN di sini, semalam.
Taib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, beliau turut mendapati pelbagai tindakan negatif telah dibuat oleh sesetengah pihak, semata-mata untuk meraih per-hatian global.
Walaupun rakyat bebas menyuarakan hasrat dalam sebuah negara demokrasi, katanya, beliau tidak mahu melihat kempen sistematik yang sengaja menjatuhkan individu dan kerajaan dengan pem-bohongan.
Menurut beliau lagi, projek empangan hidroelektrik penting kerana Sarawak ti-dak lagi dapat bergantung kepada eksport minyak sawit dalam usaha meningkatkan pendapatan penduduk ne-geri yang dijangka meningkat kepada empat juta orang menjelang 2030.
Taib menjelaskan, tenaga alternatif seperti kincir angin akan menelan kos lebih tinggi daripada tenaga hidro, khususnya apabila dibina untuk membangunkan industri- industri di Sarawak.
Tambahan pula, katanya, tidak banyak tempat di Sarawak yang mempunyai tiupan angin berterusan untuk memastikan ia mencukupi dalam menghasilkan tenaga elektrik.
Manakala, tenaga solar yang pernah dipasang di kawasan luar bandar sebelum ini katanya, banyak yang tidak dapat berfungsi dalam kapasiti penuh.
“Hal ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu di Sarawak sepanjang tahun,” jelasnya.
Projek pembinaan empangan hidro elektrik mendapat tentangan pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang antara lain mendakwa ia satu pembaziran.
“Saya tidak pasti apa yang DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahukan sebenarnya.
“Ini kerana mereka seharusnya menyokong usaha pembangunan demi masa depan generasi seterusnya,” katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas selesai persidangan DUN semalam, Ketua Menteri berkata, Sarawak kini giat melakukan penambahbaikan terhadap semua empangan hidro elektrik sedia ada di negeri ini.
Beliau berkata, empangan hidro elektrik sedia ada sudah beroperasi sejak 30 tahun lalu menyebabkan kebanyakan enjin jana kuasa dan bahagian-bahagian tertentu perlu ditukar dengan yang baharu.
“Umum harus faham ketika Sarawak mula menjana tenaga elektrik kira-kira 30 tahun lalu, hanya 1,000 Megawatt (MW) tenaga dihasilkan dengan menggunakan penjana kuasa kurang berkualiti.
“Jadi pasti wujud masalah, kelemahan serta jurang yang mesti ditangani,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai beberapa kejadian terputus bekalan elektrik di bandar raya ini baru-baru ini.
Taib menambah, masalah terputus bekalan elektrik di negeri boleh diatasi sepenuhnya pada masa akan datang, namun kerja-kerja penambahbaikan harus dilakukan dari masa ke semasa.
“Anda harus faham apabila kita melakukan penambahbaikan pada masa sama kita perlu menaik taraf hidro-hidro sedia ada,” ujarnya.
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberi pampasan seperti dituntut segelintir pihak, Taib dengan ringkas berkata: “(Anda) beritahu saya negara mana yang berbuat demikian.”
Pada 11 November lalu, hampir keseluruhan tempat di Bahagian Kuching dan Barat Sarawak terputus bekalan elektrik secara berperingkat-peringkat bermula jam 7 malam.
Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan Sarawak Energy Berhad (SEB) masalah itu berlaku disebabkan kejadian litar pintas yang berlaku pada saluran kuasa transmisi Engkilili-Mambong.
Masalah di saluran transmisi Engkilili-Mambong berjaya dipulihkan oleh pasukan jurutera dan teknikal SEB pada jam 9.33 pagi hari berikutannya dan tenaga elektrik kembali disalurkan sepenuhnya 22 minit kemudian.

No comments:

Post a Comment