Sidak Yang Ikut Blog Tok

Tuesday, 19 July 2016

UTAMANKAN KEINGINAN SENDIRI ATAU KEPERLUAN RAKYAT

TAUK SIK KITAK ?????  Lim Guan Eng memang tidak ada sentiviti terhadap permasalahan rakyat. Apa yang Lim Guan Eng berjanji dan nampak dalam tanggungjawab sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbeza-beza mengikut kepentingan dirinya bukan berdasarkan tuntutan rakyat.

Cuba kita lihat Lim Guan Eng sanggup bermati-matian menyegerakan projek Terowong bawah laut di Pulau Pinang, walhal itu bukan keperluan utama kerana Pulau Pinang telah mempunyai 2 jabatan yang menghubungkan Pulau dengan Tanah Besar.

Tetapi untuk projek ini Lim Guan Eng sanggup bayar pendahaluan RM305 juta untuk projek yang belum berjalan melainkan dalam proses laporan Pemboleh Laksana itupun sampai sekarang belum siap. Malah projek sudah bertukar status gajah putih.

Kenapa Lim Guan Eng mesti utama projek ini dn sanggup bayar pendahaluan RM305 juta? Malah projek dibiayai Kerajaan Negeri ini akan memberi hak kepada kontraktor untuk mengutip tol selama 30 tahun. Kenapa kerajaan negeri bayar kos pembinaan dan kontraktor dapat pelbagai keistimewaan dari kutipan tol hingga kos pembinaan untuk kertas kerja sahaja sudah bayar RM305 juta. Belum projek berjalan lagi.

Kalau Lim Guan Eng seorang Ketua Menteri yang berwibawa sepatutnya duit RM305 juta itu boleh membiayai masalah tradisi Pulau Pinang seperti banjir. Kosnya RM15 juta sahaja. Kalau penting sangat Projek Terowong Bawah Laut, apa masalahnya kalau RM305 juta pembayaran kepada projek yang masih atas kertas diambil sebahagian RM15 juta untuk projek tebatan banjir Pulau Pinang?

Sekarang kebodohan Lim Guan Eng sendiri menyebabkan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan kerajaan negeri tidak ada duit untuk membiayai kos Projek Tebatan Banjir Pulau Pinang.
Intipati Kebodohan Lim Guan Eng:
1. Lim Guan Eng gagal mengenal pasti mana projek lebih bermamfaat kepada Rakyat. 
2. Ada yang tidak kena jika kerajaan Negeri manjakan kehendak Kontraktor dengan bayar pendahaluan yang gila-gila untuk projek yang terbengkalai. 
3. Lim Guan Eng menggunakan kewangan negeri berdasarkan apa yang dia hajatkan bukan kerana apa kepentingan yang menjadi keutamaan di mata rakyat. 
4. Lim Guan Eng meletakan Kroni sebagai keutamaan berbanding rakyat.
5. Lim Guan Eng Tidak bijak mengurus wang negeri. Bayar penuh RM305 juta projek belum berjalan walhal dia boleh bayar 30%-50% dan bakinya diagihkan kepada projek lain.
6. Lim Guan Eng tidak bijak mengendalikan urusan dengan kontraktor Terowong hingga Kerajaan Negeri membiyai sepenuhnya dan Kontraktor mendapat hak pungut tol selama 30 tahun. Lazimnya di Malaysia Kontraktor biayai semua kos dan dapat membuat kutipan tol tetapi kena biayai satu projek kecil lain untuk rakyat.
7. Janji Lim Guan Eng hendak selesaikan banjir Pulau Pinang dalam masa 9 bulan tetapi bagaimana benda tidak dijanjikan seperti Projek Terowong menjadi keutamaan?
8. Kenapa Lim Guan Eng jadi gila laksanakan Projek Terowong yang kos Kertas Kerja Laporan Pemboleh Laksana lebih mahal dari kos melaksanakan Projek. Bukankah ini pembaziran untuk projek beresiko tinggi berbanding menyelesaikan projek yang menyelesaikan pemasalahan rakyat seperti banjir. 
9.  Kenapa Lim Guan Eng gagal menuntut Laporan Pemboleh Laksana Kertas Kerja Terowong Pulau Pinang dan diserahkan kepada KKR untuk kerajaan meneliti. Sedangkan Lim Guan Eng telah bayar RM305 Juta.
10. Adakah masuk akal Lim Guan Eng sanggup luluskan projek Terowong dengan kadar RM10 juta per kilo metter berbanding RM15 juta untuk keseluruhan projek tebatan banjir? 
11. Adakah masuk akal Lim Guan Eng sanggup anugerahkan Projek kepada kontraktor sebelum kajian pemboleh laksanaan dijalankan? 

Orang yang macam ini hendak diagung-agungkan sebagai Ketua Menteri? Tetapi sekurang-kurangnya Lim Guan Eng mampu beri rakyat menimati ada swimming pool sendiri secara percuma dalam ruang tamu dan dapur rumah mangsa banjir. Sekurang-kurang terubatlah kekecewaan Lim Guan Eng membeli rumah banglo 60% lebih rendah dari pasaran tapi tak ada Swimming Pool
 YAHHH SOKONG GIK KITAK ORG SIDAK YA

No comments:

Post a Comment